Sharnaaz Ahmad Akui Sudah Kembali Solo

Hiburan

Sharnaaz Ahmad Akui Sudah Kembali Solo

Aktor Sharnaaz Ahmad menerusi Berita Harian telah mengakui dirinya kini sudah kembali solo apabila hubungan beliau bersama Anis Al Idrus terputus hampur lima bulan lalu. Walaubagaimanapun, beliau tidak mahu mendedahkan punca sebenar perpisahan mereka.

Advertisement

Hubungan kami sudah lama terputus iaitu sejak lima bulan lalu. Malah ketika kami sama-sama menghadiri Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) April lalu, hubungan kami bagai retak menanti belah.

Keputusan untuk berpisah ini kami buat bersama-sama. Tak perlulah nak didedahkan apakah puncanya cuma apa yang boleh dikatakan hubungan ini memang tidak dapat diteruskan.

Sudah kali kedua gagal dalam percintaan, Sharnaaz bagaimanapun tidak merasa sedih dengan perpisahan tersebut. Buata masa ini,  beliau mahu fokus kepada bidang perniagaan dan mempunyai target untuk menjadi seorang jutawan sebelum umurnya menjangkau 30 tahun.

Saya tak rasa apapun. Apa yang penting sekarang ini saya mahu fokus dalam bisnes. Saya mahu menjadi jutawan sebelum usia saya 30 tahun.

Setiap hubungan akan ada pasang surutnya, mungkin Anis Al Idrus bukanlah jodoh Sharnaaz Ahmad yang sebaiknya. InshaAallah satu hari nanti pasti ada wanita yang sesuai buat anda. Apa yang penting kita harus move on.

Sumber Berita: Berita Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...