Sharnaaz Ahmad Akui Sedia Beri Kerjasama Kepada SPRM

Hiburan

Sharnaaz Ahmad Akui Sedia Beri Kerjasama Kepada SPRM

Mendedahkan dirinya sedia memberi kerjasama andai dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes pengubahan wang haram oleh sindiket Macau Scam dan perjudian dalam talian, pelakon dan usahawan terkenal Sharnaaz Ahmad akui ada yang mendakwa dirinya menjadi antara selebriti yang khabarnya bakal dipanggil SPRM.

Advertisement

Bagaimanapun, Sharnaaz memaklumkan, setakat ini, beliau masih belum menerima arahan mana-mana pihak.

“Setakat ini, belum ada sesiapa dari SPRM yang menghubungi saya. Lagipun, kalau mereka hendak panggil, ia tidak akan beritahu lebih awal. Tahu-tahu sahaja sudah berada di sana. Bagaimanapun, sama ada dipanggil atau tidak, saya akan beri kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkenaan.”

Dedahnya lagi, beliau juga pernah menghubungi SPRM untuk memberi keterangan ketika isu itu dibangkitkan.

“Cuma saya tidak boleh hendak kongsi maklum balas SPRM berhubung penjelasan saya itu kerana ia sulit dan peribadi.”

Terdahulu, gempar di seluruh negara apabila sumber daripada Harian Metro melaporkan bahawa terdapat dua selebriti terkenal yang terbabit dalam bidang lakonan dan pengacaraan, dipanggil ke pejabat SPRM untuk memberi keterangan selepas tiada seorang pun artis yang berani tampil secara sukarela.

Malah, dua individu terbabit juga difahamakan antara selebriti yang popular kerana ni giat menjalankan perniagaan dan mempunyai lebih sejuta pengikut di laman sosial.

Sumber: Berita Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...