June 2nd, 2015

Tidak hipokrit dan sering meluahkan pendapatnya dengan tegas dalam beberapa kenyataan sebelum ini, telah membuatkan Sharnaaz Ahmad sering terpalit dengan kontroversi dan komen negatif daripada beberapa pihak.

Enggan lagi menghadapi situasi  berikut dan membuatkan orang ramai menyalah tafsir niatnya, Sharnaaz akan lebih berhati-hati dalam membuat apa sahaja kenyataan pada masa hadapan.

Betul juga, boleh dikatakan kebanyakan kenyataan yang dibuat oleh saya menjadi kontroversi. Mungkin saya perlu ‘tone down’ sedikit ketika bercakap. Saya tidak rasa kenyataan saya sering dimanipulasi oleh sesetengah pihak kerana memang saya sendiri yang mengeluarkan kenyataan itu.

Bagi mengelakkan kekeliruan saya rasa lebih baik peminat terus ke Instagram milik saya kerana mereka boleh terus membaca kenyataan saya, sekali gus mengelakkan salah faham.

Kerap mengkritik lakonan orang lain, Sharnaaz akui berdebar untuk melihat hasil lakonannya didalam filem Darah Panas yang menjalani penggambaran tiga tahun lalu.

Tidak dinafikan saya berdebar untuk menonton mutu lakonan saya tiga tahun lalu. Saya sering mengkritik lakonan orang lain, kini tiba giliran saya pula. Saya sendiri akan mengkritik lakonan saya bagi menghasilkan yang terbaik untuk peminat. Ia juga menjadi rujukan kepada saya bagi memperbaiki diri saya berbanding tiga tahun lalu.

Sharnaaz memegang watak sebagai Adi iaitu pengedar dadah dalam filem Darah Panas yang bakal berada di pawagam 4 Jun ini. Filem itu turut membariskan pelakon hebat seperti Fathia Latiff, Datuk Jalaluddin Hassan dan Aznah Hamid.

Sumber Berita: Berita Harian


Comments are closed.

Loading...