Pelakon Datuk Aaron Aziz meluahkan rasa terkejut apabila wanita yang memfitnahnya di media sosial sebelum ini bertindak menyaman anak perempuan, Dwi Ariana sebanyak RM2 juta.
Wanita itu yang dikenali sebagai Sharina Richie dilaporkan berbuat demikian di mana dia menghantar LOD pada 9 Oktober lalu.
Pagi tadi (9 Oktober) saya terima satu LOD yang agak mengejutkan. Pihak sana (Sharina) mahu menyaman anak saya sebanyak RM2 juta.
Saya tak faham apa salah anak saya. Dia sekarang berada di luar negara dan sedang menempuh musim peperiksaan. Kalau nak serang, serang saya.
Anak saya cuma bertanya kenapa video tak dipadam dan minta penjelasan.
Ujar Aaron, dia tidak akan membiarkan Sharina mengambil tindakan sesuka hati terhadap anaknya kerana risau ia akan menganggu fikiran Dwi.
Tapi bila pihak sana sendiri muat naik video dan sebut nama anak saya, saya tiada pilihan. Saya perlu tampil dan pertahankan dia.
Dalam pada itu, Aaron berkata dia menyerahkan sepenuhnya urusan saman yang dibuat pelakon itu sebelum ini kepada peguam yang dilantik, Mahmud Jumaat.
Sharina sebelum ini bersama peguamnya, Tun Laila telah membuat laporan polis gara-gara menerima kecaman ramai susulan tindakannya memfitnah Aaron Aziz tempoh hari.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.