Pempengaruh media sosial, Sharina Richie, mendakwa dirinya kini menjadi mangsa buli siber oleh anak kepada pelakon terkenal Datuk Aaron Aziz, iaitu Dwi Ariana, meskipun sudah membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung isu sebelum ini.
Menurut Sharina, walaupun beliau tegas mengecam tindakan buli terhadap keluarga Aaron Aziz, beliau juga tidak akan berdiam diri apabila dirinya sendiri terus menerima kecaman dan ugutan berterusan.
Saya mengecam sekeras-kerasnya tindakan buli yang ditujukan kepada Datuk Aaron Aziz dan keluarganya. Namun saya juga tidak akan berdiam diri atas ugutan dan kecaman ke atas saya yang bermula daripada salah faham yang sepatutnya boleh diselesaikan dengan baik.
Sharina turut mendakwa permohonan maafnya diperlekehkan dan dijadikan bahan ejekan oleh Dwi Ariana di media sosial.
Saya telah membuat permohonan maaf secara terbuka namun ia dijadikan bahan buli oleh Dwi Ariana.
Lebih mengejutkan, wakil pihak Sharina mendedahkan bahawa ibu pempengaruh itu turut dihubungi seorang peguam yang meminta maklumat peribadi serta menakut-nakutkan dengan ancaman saman fitnah bernilai jutaan ringgit.
Sharina Richie Saman Anak Aaron Aziz RM2 Juta? – “Kalau Nak Serang, Serang Saya!”
Ada pihak peguam yang meminta maklumat peribadi daripada ibu anak guam kami. Tindakan itu tidak profesional dan tidak beretika. Ibu kepada anak guam kami juga ditakut-takutkan oleh pihak sana.
Terdahulu, Sharina menerima kecaman hebat selepas memuat naik rakaman video komen Aaron Aziz berhubung isu pelayaran Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza, Palestin.
Namun, video berkenaan telah dipadam, dan Sharina tampil memohon maaf secara terbuka, manakala Aaron Aziz menjelaskan kenyataannya telah diambil di luar konteks sebenar.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.