September 30th, 2020

Mengakui dirinya langsung tidak menghalang anaknya Athalia Deena Buswani untuk berkawan dengan sesiapa sahaja, penyanyi Sharifah Zarina mendedahkan asal anak perempuannya tahu menjaga diri dan menjaga nama keluarga, itu sudah memadai.

Sharifah Zarina Jawab Dakwaan Anak Bercinta Dengan Alvin Chong

“Saya tak kisah anak saya nak kawan dengan sesiapa pun, yang penting dia pandai jaga diri dan jaga nama baik keluarga.”

Disoal berkenaan dakwaan anaknya kini khabaranya sedang hangat menjalin cinta dengan pelakon dan penyanyi Alvin Chong, beliau menjelaskan ia dilihat lebih selesa andai persoalan tersebut dijawab sendiri oleh tuan empunya badan.

Sharifah Zarina Jawab Dakwaan Anak Bercinta Dengan Alvin Chong

“Jika tanya saya, tiada komen tentang ini, ‘I reserved my comment’ tentang perkara ini. Saya rasa Alvin pun akan buat sidang media Jumaat ini. Rasanya lebih baik jika kita tunggu Jumaat nanti. Kita dengar apa yang mereka nak cakap sebab saya tak mahu komen lebih-lebih.”

Terdahulu, Athalia yang baru berusia 17 tahun itu difahamkan tampil memuat naik video bersama jejaka tersebut di aplikasi TikTok dengan reaksi daripada ibunya.

Sharifah Zarina Jawab Dakwaan Anak Bercinta Dengan Alvin Chong

Menerusi video tersebut, Sharifah Zarina dilihat memberi reaksi positif kepada Alvin dan Athalia, sehingga mencetuskan tanda tanya di kalangan warganet.

Lebih mengejutkan apabila reaksi itu seakan menggambarkan beliau amat merestui ’ hubungan anaknya dengan penyanyi Sayangku Salmah itu.

Sharifah Zarina Jawab Dakwaan Anak Bercinta Dengan Alvin Chong

Namun, netizen di laman Twitter pula khabarnya memberikan pandangan berbeza terhadap Athalia dan Alvin sekiranya benar mereka sedang menjalin hubungan istimewa. Hal ini kerana, usia Alvin sudah mencecah 30 tahun manakala Athalia pula masih di dalam kategori remaja bawah umur.

Sumber: Gempak


One response to “Sharifah Zarina Jawab Dakwaan Anak Bercinta Dengan Alvin Chong”

  1. DEAR SHARIFAH ZARINA,

    PLEASE KEEP YOUR DAUGHTER ALWAYS!

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...