Ketika ini, perbalahan antara artis dan netizen begitu hangat gara-gara tersebarnya mesej perbualan Telegram dimana artis didakwa memperlekehkan netizen dengan menghina mereka memiliki IQ rendah dan ibarat lembu dicucuk hidung.
Disebalik “peperangan” itu, nampaknya timbul pula isu baru apabila penyanyi, Sharifah Zarina melabelkan segelintir netizen yang sering mengutuk artis sebagai “kampung.com” dan tidak berpendidikan.
Kenyatannya itu yang dibuat menerusi ruangan komen di Facebook mengundang kemarahan netizen. Rata-rata netizen menyifatkan tindakan Sharifah Zarina itu sangat biadab.
Tampil mohon maaf
Enggan isu itu berlarutan, penyanyi itu tampil memohon maaf jika dia ada menyinggung hati mana-mana pihak.
“Yang kg.com itu lah yang selalu support artis Malaysia” – Netizen
Tambahnya lagi, dia didatangi mimpi mengenai hari kiamat dan bimbang sekiranya tidak sempat memohon maaf kerana ajal dan maut bakal menjemput pada bila-bila masa sahaja.
Meskipun sudah membuat permohonan maaf, masih ada netizen yang tidak berpuas hati dan terus mengecam dirinya. Menurut mereka, Sharifah Zarina harus sedar, tanpa sokongan netizen, para artis tidak boleh menempa nama dan terus kekal dalam industri hiburan.