March 15th, 2011

sharifah sofia

Kalau tak silap, hanya tinggal lebih kurang 10 hari untuk Sharifah Sofia melahirkan anak sulungnya. Tengok wajah Sharifah Sofia di atas memang nampak seri wajahnya. Cantik dan glowing semacam je. Inilah kelebihan menjadi seorang wanita. Time mengandung wajah bertamba-tambah cantik.

Seperti tajuk majalah di atas, Abang Nara ingin doakan agar Sharifah Sofia selamat melahirkan bayi yang tercinta secara normal. Dengar ceritanya zaman sekarang doktor selalu buat pembedahan untuk mengelakkan komplikasi kepada bayi. Abang Nara bukanlah seorang doktor so tak berapa nak faham sangat. Jadi kita doakan je la agar Sharifah Sofia dapat bersalin secara normal.

Kepada pembaca BeautifulNara yang bergelar seorang ibu, share-sharekan lah cerita bersalin atau tips-tips. Mana tahu Sharifah Sofia baca. Tak gitu?


Comments are closed.

Loading...