Rumah tangga pelakon Sharifah Shahora dan Raja Mukhriz pernah retak sekitar tahun lalu kerana seorang wanita yang dikatakan punca hubungan beliau dan suami dingin.
Tidak mahu pisang berbuah dua kali, Shahora akui beliau kini sudah mula menjaga badannya untuk memikat hati suaminya.
Alhamdulillah keadaan sekarang sudah kembali tenang dan rumah tangga kami bahagia.
Saya juga kini rajin ‘pasang badan’ untuk suami kerana sebagai isteri saya juga perlu main peranan dalam memikat suami.
Tambah Shahora, kali ini beliau tidak berpeluang untuk menyambut Ramadhan bersama Raja Mukhriz kerana suaminya itu terlibat dalam sebuah penggambaran di Sabah. Namun, perkara itu sebenarnya yang membuatkan mereka lebih rapat dan merindui antara satu sama lain.
Kini, Shahora dan suaminya ibarat pasangan baru bercinta dan sering berbalas mesej untuk meluahkan rasa rindu.
Dulu kalau nak hantar mesej pun susah tetapi sekarang sejam sekali tanya khabar, hantar gambar dan walaupun berjauhan terasa dekat pula dengan suami.
Hampir dua bulan dia berada di sana kerana menjalani penggambaran sebuah dokumentari tetapi Insya-Allah hari raya nanti dia akan pulang.
Kalau nak pikat suami ini ada pelbagai caranya, yang penting Shahora tahu apa yang membuatkan suaminya gembira. Baguslah kalau hubungan mereka kembali rapat, harap ia kekal sebegini sehingga akhir hayat mereka.