Pelakon Sharifah Shahora menjelaskan tindakan beliau yang mendedahkan kecurangan suami, Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin di Instagram bukanlah bertujuan untuk mengaibkan  suaminya itu tetapi  beliau sudah hilang sabar selain merasa tertekan dan kecewa selepas mengetahui dipermainkan oleh suami sendiri bersama wanita lain.
Selama ini saya tidak pernah keluarkan kisah rumah tangga saya namun tindakan itu diambil kerana saya sudah hilang sabar. Jalan ini adalah yang terbaik bagi menghentikan kecurangan suami saya dengan wanita itu. Saya tak mahu malukan diri sendiri dan aibkan suami, tapi saya terpaksa. Bukan kerana saya tidak berbincang secara baik dengan suami namun perkara ini berlarutan selama beberapa bulan.
Mengakui perkara tersebut telah membuatkan hubungan diantara mereka tidak begitu baik, Shahora bagaimanapun menjelaskan mereka masih lagi tinggal sebumbung.
Memang hubungan saya dan suami panas buat masa ini. Saya perlukan masa untuk memikirkan perkara ini namun kami berdua masih lagi tinggal sebumbung.
Wanita yang dikenali sebagai Madeyanie orang ketiga yang menjadi punca keretakan rumah tangga Shahora telah tampil memohon maaf secara umum di Twitter. Malah, suaminya juga sebelum ini pernah meminta maaf kepada Shahora dan berjanji tidak mengulangi perbuatan itu lagi. Namun, permohonan maaf itu  agak sukar untuk diterima oleh Shahora kerana mempercayai mereka merancang untuk melakukan semua ini.
Alhamdulillah, hari ini wanita itu memohon maaf secara terbuka di Twitter atas permintaan saya, walaupun pada awalnya dia agak keberatan. Saya tidak tahu apa tindakan seterusnya kerana saya begitu terluka. Malah saya juga rasa seperti mereka merancang permohonan maaf ini. Saya perlukan masa untuk berfikir.
Agar sukar sebenarnya untuk mana-mana wanita mahupun lelaki memaafkan pasangan mereka yang curang dengan begitu mudah. Buat Sharifah Shahora, fikirkanlah apa yang terbaik dan jangan pernah berhenti berdoa agar diberikan kekuatan dalam menghadapi ujian ini.