Sharifah Shahirah Tidak Peduli Tindakan Instafamous Dan Selebriti Di Media Sosial

Hiburan

Sharifah Shahirah Tidak Peduli Tindakan Instafamous Dan Selebriti Di Media Sosial

Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar atau senang dikenali sebagai Shiera lebih selesa untuk tidak mengambil peduli dan tidak menghakimi orang lain terutamanya Instafamous mahupun selebriti atas segala tindakan yang diambil oleh mereka di media sosial.

Pengacara dan penyampai radio itu turut berkata, segala tindakan yang diambil oleh segelintir Instafamous dan selebriti itu hanya sekadar konten media sosial mereka.

Advertisement
shieraijoy

Shiera bersama suaminya, Ijoy.

Ketika sesi temubual bersama Harian Metro, dia berkata,

Apapun, kamu buatlah yang terbaik untuk Allah. Saya sekarang dah belajar tidak menghakimi orang. Tapi, kalau betul dia salah pun, saya takkan judge. Itu adalah content dia, hak dia.

Tapi, sekarang ini apa saja yang dikongsi di media sosial akan dapat perhatian dan jadi tarikan ramai. Justeru, sebenarnya masing-masing dah ada ‘content’ sendiri.

Shiera memberi pendapatnya itu ketika menjawab pertanyaaan media jika wajar atau tidak segelintir Instafamous dan selebriti yang suka berkongsi semua perkara yang dilakukan oleh mereka di media sosial.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy)

Akhir katanya, jika mahu tahu apa yang baik atau tidak dalam hidup ni, semestinya tunggu pengakhiran kita kerana semuanya datang dari Allah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...