April 9th, 2020

Mula mengenakan tudung sejak Februari lalu, tempoh PKP nampaknya mempunyai hikmah tersendiri buat pelakon Sharifah Shahirah apabila dia kini sudah mula berhijab sepenuhnya.

sharifah shahirah bertudung

Menurut Sharifah Shahirah atau lebih mesra dengan panggilan Shiera, dia mula tekad untuk menutup aurat selepas menyedari wabak COVID-19 yang melanda negara dan dunia ini adalah adalah dugaan Allah SWT. Pada awalnya, dia bernazar untuk memakai tudung sekiranya ada penawar untuk wabak tersebut, namun hatinya mula “dijentik” dan ia membuatkan Shiera untuk terus melaksanakan niatnya untuk menutup aurat sekarang.

Ditambah pula apabila PKP dilaksanakan. Pada mulanya saya bernazar, jika wabak ini ada penawar saya nak pakai tudung. Terlalu banyak dugaan Allah berikan sekarang.

sharifah shahirah bertudung

Tapi, saya fikir semula kalau tak ada penawar, takkan saya tak pakai tudung. Jadi, saya bulatkan hati dan berniat untuk terus pakai. Lagipun, sebelum PKP saya memang pakai ‘on-off’ dan suka-suka saja. Sekarang, saya sudah pakai dengan betul. Tapi, saya tidak boleh terus menjadi sempurna. Saya masih dalam proses belajar dan memperbaiki diri.

Menurut Shiera, suami, anak-anak dan ahli keluarga menyokong keputusannya itu. Malah, anak perempuannya juga sudah menyatakan hasrat untuk bertudung satu hari nanti.

sharifah shahirah bertudung

Dalam melakukan perubahan pasti akan ada cabarannya, tetapi kami doakan agar Shiera terus kuat dan kekal istiqamah berhijab.

Sumber Berita : Harian Metro


4 responses to “Sharifah Shahirah Ikhlas Bertudung, Bukan Kerana Takut COVID-19”

  1. Anonymous says:

    MAKIN CANTIK KAK RARA BERHIJAB!

  2. Anonymous says:

    Anon 11.51. Ya benar islam itu sangat mudah. Perkara yang sediada sudah wajib (menutup aurat), tidak boleh dinazar. Contoh lain, tidak boleh bernazar nak puasa ramadhan penuh kerana berpuasa di bulan ramadhan adalah perkara wajib. Bernazar untuk perkara lain boleh seperti “saya bernazar botakkan kepala jika dapat anak” atau “saya bernazar puasa sunat 10 hari jika mengandung”. Harap penjelasan ini difahami.

  3. Anonymous says:

    Anon 8.30 …. Semua salah ye bagi sejenis dgn kamu … Islam itu mudah …kamu dan sekaum dgn kamu yg buat Islam itu complicated .

    Stupid !

  4. Anonymous says:

    Tidak boleh bernazar untuk perkara yang telah sediada wajib.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...