Selepas tujuh tahun berkhidmat, penyampai radio dan pengacara Sharifah Shahirah, 51, memutuskan untuk tidak memperbaharui kontraknya dengan stesen Suria FM.
Shahirah yang lebih dikenali sebagai Kak Rara akan menamatkan kontraknya pada 15 Februari ini.
Menurut kenyataan media dari Suria FM, Shahirah membuat keputusan tersebut kerana ingin berehat dan memberi fokus kepada urusan peribadi.
Kami menghormati keputusan dibuat dan yakin Shahirah akan terus berjaya dalam apa juga bidang diceburinya.
Suria FM amat menghargai khidmat cemerlang Shahirah yang telah menjadi tonggak penting bagi stesen tersebut sepanjang bersama mereka.
Kami amat menghargai segala usaha dan dedikasi beliau dalam menceriakan hari pendengar. Pihak Suria FM mengucapkan terima kasih kepada Shahirah atas kerjasama yang baik sepanjang tempoh perkhidmatannya.
Shahirah memulakan tugasnya di Suria FM pada 2018, mengendalikan segmen Suria Pagi bersama Fizi Ali dan Zulin Aziz.
Kemudian, beliau beralih ke segmen Suria Petang bersama Chiwan dan Kai Hassan, yang bersiaran dari pukul 3 petang hingga 7 malam, Isnin hingga Jumaat.
Shahirah juga pernah berkhidmat di Suria FM pada 2010 selama setahun.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.