Patutlah lama tak nampak Sharifah Shahira atau lebih popular dengan nama glamour Shiera Ijoy di kaca televisyen. Rupa-rupanya selepas menjadi deejay di stesen radio Ultra FM, Shiera telah dipinggirkan oleh stesen televisyen. Walaupun ada tawaran diberikan pada mulanya, namun hampir kesemua ditarik balik selepas mengetahui Shiera bekerja sebagai deejay radio. Fuh!!! Kesian sungguh.
Bagi Abang Nara, Shiera bukan sahaja seorang pelakon yang berbakat malah keselambaannya ketika menjadi pengacara majlis memang mampu mengundang tawa. Teringat lawak “mengandung lagi, laki handsome nak buat macam mana” di salah satu majlis. Tergelak sakan Abang Nara mendengarnya. Agak menyedihkan apabila sepanjang bergelar deejay radio, Shiera didiskriminasikan oleh stesen televisyen. Kata Shiera:-
Saya pun tidak faham kenapa kebanyakkan stesen tv yang ingin mengambil saya sebagai hos membatalkan tawaran yang diberikan hanya kerana saya bekerja dengan Ultra FM?
Banyak tawaran diberikan kepada saya tetapi bila tahu saya bekerja dengan radio Ultra mereka berubah fikiran sedangkan pengurusan stesen radio itu tidak menghalang saya untuk mengembangkan kerjaya saya.
Saya sebenarnya terkilan kerana tidak menyangka perkara seperti ini boleh berlaku sedangkan saya tidak melakukan sebarang kesalahan tetapi saya dipinggirkan seolah-olah melakukan kesalahan besar.
Ia sedikit sebanyak mengganggu kerjaya saya sebagai pengacara kerana saya cuma ingin bekerja dan mencari rezeki untuk menampung kehidupan keluarga.
Untuk makluman, Shiera akan berhenti daripada menjadi deejay radio Ultra FM berkuatkuasa 2 Jun ini. Diharap dengan berhentinya menjadi deejay, tawaran buat Shiera daripada segi lakonan dan pengacaraan akan datang kembali. Abang Nara pasti ramai yang rindu dengan kelibat selebriti serba boleh ini. Tak gitu? All the best buat Shiera. Sumber Mstar Online.