Sharifah Shahira Tawar Diri Kendali 3 Pagi Era Secara Percuma – “Kita Dah Berhenti Kerja Ni, Kita Tolong Jap”

Hiburan

Sharifah Shahira Tawar Diri Kendali 3 Pagi Era Secara Percuma – “Kita Dah Berhenti Kerja Ni, Kita Tolong Jap”

Bekas penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah atau Shiera Ijoy telah mencuri perhatian ramai selepas meninggalkan komen pada hantaran ucapan terima kasih daripada tiga penyampai radio Era FM yang terlibat dalam kontroversi video berkaitan sensitiviti agama.

Dalam komennya, Shiera memuji rakyat Malaysia yang bersatu menunjukkan sokongan demi keharmonian. Malah, secara berseloroh, beliau menyatakan kesediaannya untuk menggantikan tempat tiga deejay tersebut yang kini direhatkan sementara waktu.

Advertisement

Alhamdulilah ramai orang tolong dan bagi semangat.. Ni sementara takde (tiada) ni.. Bagi lah kita cover (ganti) jap (sekejap).. kita dah berhenti kerja ni.. kita tolong jap.. free (percuma) jaa…

Hantaran itu turut dimuat naik kembali stesen radio berkenaan di mana pengendali akaun tersebut bertanyakan sama ada Sharifah Shahira benar-benar ingin mengendalikan segmen pagi Era itu secara percuma.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja dengan pelawaan Sharifah Shahira itu.

Dia sebelum ini memaklumkan telah menamatkan perkhidmatan di sebuah stesen radio terkemuka.

Penamatan servis secara mendadak oleh pelakon itu telah mengundang rasa sedih peminat kerana ramai yang bakal merindui keletah Sharifah Shahira dalam mengendalikan segmen radio.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

penyampai 3 pagi era masih direhatkan hingga siasatan selesai
19 hours ago

Nabil, Azad & Radin Masih Direhatkan Hingga Siasatan Selesai

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...