Nampaknya karier Sharifah Shahira selaku deejay radio si Suria FM hanya mampu bertahan selama setahun. Tiada masalah atau pun kontroversi, Sharifah Shahira sekadar mahu mencuba karier di bidang lain apabila kontraknya bersama Suria FM tamat pada 24 Januari ini. Yang menariknya, pengganti Sharifah Shahira adalah seorang pelawak juga, iaitu Nabil.
Kadang-kadang waktu pagi on the way pergi kerja, Abang Nara adalah jugak terdengar Suria FM. Jujur daripada hati ini, gandingan deejay-deejay Breakfast At Suria agak tidak menjadi. Dan Sharifah Shahira pun Abang Nara rasa tidak mampu menonjolkan bakat sebenarnya apabila bergandingan dengan 2 deejay yang lain.
Apa pun tahniah kepada Nabil Raja Lawak yang bakal menceriakan lagi konti Suria FM. Ini semua kata orang rezeki orang baru berkahwin. Dulu selalu jugak Abang Nara mendengar celoteh Nabil semasa dia on air di Sinar FM selaku deejay jemputan. Boleh tahan kelakarnya. Moga-moga dengan kehadiran Nabil akan mampu menceriakan lagi suasana pagi untuk pendengar Suria FM.
Naim SuriaFM
January 26, 2012 at 1:04 am
Assalamualaikum semua…
Untuk pengetahuan semua, Naim tak lagi on air di Suria FM, sekarang hanya bertugas di belakang tabir. Naim nak ucapkan terima kasih kepada semua yang support naim selama ini, karier naim takkan berakhir disini… insyallah naim akan kembali ke udara..
sekali lagi terima kasih semua…
Naim SuriaFM
January 26, 2012 at 12:58 am
ada yang ingat naim masih lagi on air di sebelah malam… sebenarnya naim dah tak on air lagi… apa apa pun terima kasih naim ucapkan pada semua yang dah bagi support selama ini, dan apa yang pasti karier naim takkan berakhir di sini…
aby
January 9, 2012 at 3:21 pm
aku xsuke betul halim tu…dj tua xbest weiii…ntah ape2 merepek pepagi..meluatzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz!!!!suria plezla tukar org len
love suria fm
January 9, 2012 at 12:25 pm
Bg ak,suria fm lg best dr era n hot fm.kalau sinar fm tu ak kurang layan sikit sbb lagu2 dia sesuai utk org2 yg berusia sikit.suria fm pulak ad lagu terkini dan rockkapak 90an..tu yg best.
mula2 saje try bukak suria fm,ingat xbest sbb stesen barukan,tp rupenya best.era fm da melalot dan hot fm byk sgt lagu indon yg xbest.
suke sgt dgr carta suria halim n linda.linda tu best sgt,slalu kasi info2 semasa.dj lin pn best.
skrang,ak tetap setia dgn suria fm,xnak tukar stesen lain dah..