Nampaknya karier Sharifah Shahira selaku deejay radio si Suria FM hanya mampu bertahan selama setahun. Tiada masalah atau pun kontroversi, Sharifah Shahira sekadar mahu mencuba karier di bidang lain apabila kontraknya bersama Suria FM tamat pada 24 Januari ini. Yang menariknya, pengganti Sharifah Shahira adalah seorang pelawak juga, iaitu Nabil.
Kadang-kadang waktu pagi on the way pergi kerja, Abang Nara adalah jugak terdengar Suria FM. Jujur daripada hati ini, gandingan deejay-deejay Breakfast At Suria agak tidak menjadi. Dan Sharifah Shahira pun Abang Nara rasa tidak mampu menonjolkan bakat sebenarnya apabila bergandingan dengan 2 deejay yang lain.
Apa pun tahniah kepada Nabil Raja Lawak yang bakal menceriakan lagi konti Suria FM. Ini semua kata orang rezeki orang baru berkahwin. Dulu selalu jugak Abang Nara mendengar celoteh Nabil semasa dia on air di Sinar FM selaku deejay jemputan. Boleh tahan kelakarnya. Moga-moga dengan kehadiran Nabil akan mampu menceriakan lagi suasana pagi untuk pendengar Suria FM.