Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Sharifah Shahira Akui Tak Tahu Berkenaan Dakwaan Adiknya Sakinah Telah Berkahwin

Mengakui dirinya langsung tidak tahu berkenaan dakwaan adiknya Sharifah Sakinah sudah mendirikan rumah tangga dengan jejaka mat saleh seperti yang diperkatakan netizen ketika ini, pelakon dan pelawak Sharifah Shahira tampil buka mulut.

Advertisement

Menurut laporan Gempak, Shahira mendedahkan ahli keluarganya juga tidak tahu akan kesahihan sebenar adiknya sudah menamatkan zaman janda.

“Ya ke? Sumpah saya tak tahu dia dah berkahwin ke dah bertunang ke,”

Tambah Shahira atau lebih mesra disapa Shiera, andai benar pelakon itu sudah berkahwin mahupun bertunang, pasti seluruh ahli keluarganya akan diberitahu, malah beliau juga tidak ketinggalan menegaskan pihaknya juga tidak akan menghalang jika jodohnya berkunjung tiba kelak.

“Apapun kami tidak menghalang sekiranya dia bertemu jodoh. Itu kehidupan dia, cuma kami minta doakan yang baik-baik buat dia. Sakinah adik saya, darah daging saya. Saya sayangkan dia. Sakinah ni jenis yang suka mengusik, happy go lucky.”

Dedahnya, berkemungkinan komen yang ditinggalkan Sakinah hanyalah usikan kepada netizen di media sosial semata-mata.

“Mungkin emoji cincin tu dia letak sebab nak mengusik rakyat jelata iaitu netizen. Dia jenis yang tak suka bergaduh sebab benda-benda kecil, cuma kadang-kadang tu hyper sikit je.”

Terdahulu, tular di pelusuk media sosial apabila foto mesra Sakinah dan Michael di kolam renang raih perhatian netizen sehingga ada yang mendakwa pelakon itu mempunyai hubungan istimewa.

Advertisement

Bahkan, wujud juga segelintir pihak yang membuat spekulasi bahawa mereka juga telah berkahwin selepas Sakinah tampil membalas komen “Already” disertakan dengan emoji cincin apabila diajukan soalan berkenaan perkahwinan kepadanya.

Sumber: Gempak

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top