Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Sharifah Sakinah Tidak Pernah Mengakui Kesilapannya – Julia Ziegler

Kawan Abang Nara kata, orang perempuan kalau bergaduh sesama mereka, memang dasyat sungguh. Kalau tak bertegur sapa berbulan-bulan itu adalah perkara biasa. Nak mengaku kesalahan dan minta maaf lagilah satu perkara yang mustahil. Agaknya itulah yang terjadi di antara Julia Ziegler dan Sharifah Sakinah ini.

sharifah sakinah dan julia ziegler

Advertisement

Beberapa minggu lepas, Sharifah Sakinah ada mengeluarkan kenyataan yang hubungannya dengan Julia Ziegler telah pulih. Namun nampak gayannya itu hanya mimpi belaka. Julia Ziegler masih tidak memaafkan Sharifah Sakinah kerana Sharifah Sakinah masih belum mengakui kesilapannya. Kata Julia:-

Saya tahu dia ingin berbaik dan sudah bercakap dengan beberapa orang artis serta rakan dalam industri bahawa dia ingin meminta maaf dengan saya tapi kenapa tidak berjumpa saya terus. Sekalipun dia sudah meminta maaf secara peribadi saya tetap tidak akan berkawan rapat dengannya semula kerana saya sudah serik dengan apa yang telah terjadi selama ini. Dia tidak perlu beri kenyataan kepada media bahawa kami sudah berbaik, walhal dia yang memulakan perkara ini dan tidak pernah mengakui kesilapannya.

sharifah sakinah dan julia zieglerNampak gaya macam kedua-duanya taknak bertolak ansur. Tak apalah. Masing-masing pun tengah muda. Darah panas lagi. Semoga suatu hari nanti kematangan akan muncul dalam diri mereka sekaligus kemaafan akan dipinta dan diberi. Tak gitu? Info asal Mstar Online.

P.S: Kapal terbang dijadikan hotel murah

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top