Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Sharifah Sakinah Minta Maaf Kepada Janna Nick, Peminat K-pop

Sebelum ini, Sharifah Sakinah telah memuat naik satu video ke Instastorynya, di mana dia mengusik Janna Nick di sebuah salon sebagai ‘k-pop yang dah mati’, disambut ketawa besar oleh pelakon My Coffee Prince itu. Sakinah dipercayai merujuk kepada mendiang Kim Jonghyun, penyanyi kumpulan Shinee yang meninggal dunia kerana membunuh diri akibat masalah kemurungan baru-baru ini.

Peminat k-pop dan netizen bagaimanapun telah mengkritik mereka berdua kerana menjadikan kematian Jonghyun sebagai bahan jenaka. Ia disifatkan tidak sensitif dan tidak menghormati Jonghyun dan tidak sepatutnya dilakukan oleh orang beragama Islam.

Advertisement

Janna Nick telah meminta maaf mengenai insiden itu, mendakwa tidak tahu siapa yang diperkatakan oleh Sakinah. Insiden ini kahabarnya telah dilaporkan oleh peminat k-pop kepada syarikat pengurusan Shinee, SM Entertainment, dan berita mengenainya juga disiarkan di laman-laman hiburan Korea Selatan seperti Allkpop dan Koreaboo. Terbaru, melalui Instastorynya, Sakinah telah memuat naik satu nota permohonan maaf:

Pertama sekali, saya ingin meminta maaf kepada Janna Nick kerana terheret kepada insiden  ini. Dia tak kena-mengena pun dalam perkara ini. Kepada semua peminat kpop, saya benar-benar meminta maaf tentang video itu yang dilihat seolah tidak menghormati idola anda.

Saya tiada niat mempersendakannya. Jujurnya, kami ketawa kerana rambut Janna diwarnakan perang pada masa itu.

Saya minta maaf jika menyinggung perasaan sesiapa dengan video itu. Saya sendiri tidak akan ketawakan kematian seseorang, apatah lagi kematian yang disebabkan masalah kemurungan.

Advertisement

Saya harap perkara ini tidak diperbesarkan. Sekali lagi, saya minta maaf.

Disebabkan kematian Jonghyun, semakin ramai peka mengenai masalah penyakit kemurungan yang memerlukan intervensi dan rawatan secara klinikal dan preskripsi ubatan.

Buang yang keruh, ambil yang jernih, biarkan perkara ini berlalu dan semoga Sakinah dan Janna akan lebih berhati-hati di masa akan datang. – beautifulnara.com

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

65 Comments

  1. antikinah

    January 11, 2018 at 1:45 pm

    kinah ni mandi ke x?

  2. melati

    January 11, 2018 at 11:34 am

    Saya ni tgh Heran.. camner Minah Bodo ni boleh menang Anugerah Warna Wanita….!!! kompiusss…sampai sekarng.!!!

  3. benci orang hipokrit

    January 11, 2018 at 10:24 am

    Macam ni la, pada aku artis ni memang kena educate diri diaorang sendiri. Perkara berkaitan kematian tak perlu la dijadikan bahan jenaka. Ni la contoh artis yang cetek tahap pemikiran dan sensitiviti. Banyak lagi bahan lain yang kau boleh rujuk kalau nak buat lawak, dah kenapa nak buat lawak pasal orang yang dah meninggal. Cukup-cukup la pelawak sedia ada yang gemar sangat mempersendakan orang lain, kau pun sibuk nak jadi salah seorang macam mereka.
    Walaupun kau artis, kaya raya, tapi sorry Syakinah, kau ni tak classy. Perempuan classy tak buat perangai ngok ngek macam kau ni. Buat malu perempuan je.

  4. Anonymous

    January 11, 2018 at 10:23 am

    tu sebab aku suka Fattah Amin ..xtahu kenapa..no sindir menyindir..xda cri gaduh etc..erti kata lain..Fattah Amin is A gred artist..

  5. Anonymous

    January 11, 2018 at 10:21 am

    kinah ni ade mental sickness ke ape sbb mcm tak habis2 wat prangai bodoh die tu, aku ade gak kwn giler2 tapi takdelaa segiler mcm die ni sampai hilang adab n ketawe mcm pontianak, berus gigi dlm kereta, ape dah lonely sgt ke hidup die smpai die berkelakuan mcm tu??? susah sgt ko pegi join iqram lah cheeky2 boom boom tu biar same2 hadap prangai attention seeker korang tu

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top