January 10th, 2018

Sebelum ini, Sharifah Sakinah telah memuat naik satu video ke Instastorynya, di mana dia mengusik Janna Nick di sebuah salon sebagai ‘k-pop yang dah mati’, disambut ketawa besar oleh pelakon My Coffee Prince itu. Sakinah dipercayai merujuk kepada mendiang Kim Jonghyun, penyanyi kumpulan Shinee yang meninggal dunia kerana membunuh diri akibat masalah kemurungan baru-baru ini.

Peminat k-pop dan netizen bagaimanapun telah mengkritik mereka berdua kerana menjadikan kematian Jonghyun sebagai bahan jenaka. Ia disifatkan tidak sensitif dan tidak menghormati Jonghyun dan tidak sepatutnya dilakukan oleh orang beragama Islam.

Janna Nick telah meminta maaf mengenai insiden itu, mendakwa tidak tahu siapa yang diperkatakan oleh Sakinah. Insiden ini kahabarnya telah dilaporkan oleh peminat k-pop kepada syarikat pengurusan Shinee, SM Entertainment, dan berita mengenainya juga disiarkan di laman-laman hiburan Korea Selatan seperti Allkpop dan Koreaboo. Terbaru, melalui Instastorynya, Sakinah telah memuat naik satu nota permohonan maaf:

Pertama sekali, saya ingin meminta maaf kepada Janna Nick kerana terheret kepada insiden  ini. Dia tak kena-mengena pun dalam perkara ini. Kepada semua peminat kpop, saya benar-benar meminta maaf tentang video itu yang dilihat seolah tidak menghormati idola anda.

Saya tiada niat mempersendakannya. Jujurnya, kami ketawa kerana rambut Janna diwarnakan perang pada masa itu.

Saya minta maaf jika menyinggung perasaan sesiapa dengan video itu. Saya sendiri tidak akan ketawakan kematian seseorang, apatah lagi kematian yang disebabkan masalah kemurungan.

Saya harap perkara ini tidak diperbesarkan. Sekali lagi, saya minta maaf.

Disebabkan kematian Jonghyun, semakin ramai peka mengenai masalah penyakit kemurungan yang memerlukan intervensi dan rawatan secara klinikal dan preskripsi ubatan.

Buang yang keruh, ambil yang jernih, biarkan perkara ini berlalu dan semoga Sakinah dan Janna akan lebih berhati-hati di masa akan datang. – beautifulnara.com


65 responses to “Sharifah Sakinah Minta Maaf Kepada Janna Nick, Peminat K-pop”

  1. anaksipot says:

    Ahli kpop yg sangat fanatik.. dapat ap ek sampai fanatik mcm ni?? dapat pahala tak???.. kita tanya je.. yang dah mati tu biar la mati..org kan dah kata..x baik meratapi orang yg dah mati.. kata iman dah cukup tinggi.. kita ckp je..

  2. kpop plastik pondan nyanyi miming says:

    menggelupur betul kpopers mcm ni big matter sgt…..muka si mati dahlah pondan …dgn pakai lipstik color terang2 bapak geli….dgn supporter lgbt nilah yg diminati oleh bdk2 bangang kpop yg rasa artis plastik drg yang terbaik….patutlah sekarang geng pondan si safiey alis dgn sajat jd popular sekarang ni…

    mcm taik je konon sm ent akan saman….plsla bdk2 we chat…cikgu sentuh sikit report kutuk sikit report lembik betul…dkat US puak kpop group laki2 ni dipangil lesbian group jer sbb tak pasti apa identiti yg drg nak …nak cakap gay tak maskulin..nak cakap pondan nak pulak dgn pompan…

  3. A320 PIlot says:

    English dia memang class.
    tahap tahap A level punya standard.
    Terima kasih

  4. Hajjah Nepolah says:

    Wah tak sangkat ke peminat peminat betina ustazah kpop ni begitu taksub dgn kpop sampai kecam Sakinah begitu sekali .

    Pergi la bawa lilin kat tepi sungai mana mana
    Dah terjun sekali wahai betina betina money kpop .

  5. Kak long says:

    Esok2 kalau ahli keluarga dia mati..orang persendakan mcm mana rasanyakan? inilah padah kalau otak letak kat kepala lutut. Dulu bujang buat perangai giler2 tak pa lagi..ini dah berlaki, dah ada keluarga mertua pun..perangai macam perempuan gila. x ada adab dan BIADAP.

Loading...