Sharifah Sakinah Ingin Jadi Diri Sendiri : Malas Layan Kritikan Haters

Hiburan

Sharifah Sakinah Ingin Jadi Diri Sendiri : Malas Layan Kritikan Haters

Pelakon Sharifah Sakinah tidak pernah lekang dengan kontroversi dan sering menjadi mangsa kritikan dan cacian netizen. Pasti apa sahaja yang dilakukan oleh Sakinah akan mengundang komen negatif.

Advertisement

Walaubagaimanapun, Sakinah beliau sedikit pun tidak merasa gusar terhadap komen haters. Apa yang penting beliau tidak mahu bersikap hipokrit dan ingin menjadi dirinya sendiri.

Sakinah kini mahu memberikan fokus kepada rumah tangga serta kerjayanya serta melakukan aktiviti kecergasan.

Saya sudah malas melayan mereka yang suka benar bercerita keburukan orang lain. Saya tahu apa yang saya buat dan siapa mereka nak menilai saya. Cukup-cukuplah, lebih baik saya fokus dengan rumah tangga, kerjaya dan aktiviti kecergasan menerusi syarikat saya, Fitness Sakinah.

Selepas Aidilfitri nanti ramailah yang mencari saya untuk mendapatkan tip menguruskan badan serta membantu mereka bersenam dengan betul untuk kembali mendapatkan berat badan ideal.

Berbicara mengenai episod keguguran beliau sebelum ini, Sakinah tidak nafikan beliau sedih apatah lagi beliau sudah menyimpan harapan tinggi untuk bergelar ibu.

Namun, beliau tidak patah semangat dan berusaha agar dikurniakan cahaya mata dengan segera.

Memang sedih kerana saya sangat berharap menjadi ibu dan sudah bersedia untuk menimang cahaya mata. Apabila saya mengalami pendarahan, tiba-tiba saya rasa kurang pasti sama ada benar-benar hamil atau hanya lewat datang bulan.

Mungkin kerana perasaan saya sangat sedih membuatkan fikiran saya bercelaru. Bagaimanapun, saya berharap akan segera dikurniakan cahaya mata.

Kadang-kadang tidak tahu apa sebenarnya netizen ingin daripada seseorang artis, hipokrit pun salah jadi diri sendiri pun salah. Emm..Kalau dilayan sangat kritikan orang memang ia akan memberi impak besar dalam kehidupan kita, jadi janganlah terlalu memikirkan pandangan orang lain terhadap diri anda. Apa yang penting anda sendiri kena rasa “happy”.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...