Sharifah Sakinah Dah Bertunang, Rancang Nikah Serba Ringkas

Hiburan

Sharifah Sakinah Dah Bertunang, Rancang Nikah Serba Ringkas

Hubungan percintaan Sharifah Sakinah dan jejaka mat saleh, Michael Hansen bukan lagi satu rahsia apabila mereka dilihat kerap memuat naik foto di laman sosial masing-masing. Sharifah Sakinah menerusi sebuah program hiburan sebelum ini turut mendedahkan bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.

Sharifah Sakinah Michael Hansen
4 years ago

Keluarga Larang Pun Tetap Nak Kahwin, Sharifah Sakinah Tak Sabar Nak Dirikan Rumah Tangga Bersama Kekasih

Advertisement

Terbaru, Media Hiburan melaporkan pelakon ‘Aku Yang Kau Gelar Isteri’ ini sudah selamat bergelar tunangan kepada kekasihnya itu. Walau bagaimanapun, tarikh pertunangan tidak didedahkan secara terperinci.

Sharifah Sakinah turut meluahkan rasa gembira apabila fasa perkenalan mereka berjalan dengan harmoni.

Saya gembira berkenalan dengan dia dan kami sudah pun saling mengenali hampir 9 bulan. Sejujurnya juga, kami sebenarnya sudah bertunang.

Cuma dari segi persiapan perkahwinan, saya kalau boleh tidak mahu membazir duit untuk majlis itu nanti. Ramai sedia maklum jika berkahwin, ini merupakan yang kedua bagi saya dan Michael.

Jadi kami mungkin buat keputusan untuk melangsungkan majlis akad nikah sahaja nanti, insya-Allah.

Kata pelakon ini lagi, majlis pernikahan mereka bakal diadakan dengan serba ringkas sahaja.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...