Sharifah Sakinah Akui Hidupnya Haru-Biru Selepas Bercerai

Hiburan

Sharifah Sakinah Akui Hidupnya Haru-Biru Selepas Bercerai

Selepas hampir empat bulan bergelar ibu tunggal, pelakon Sharifah Sakinah tampil menafikan bahawa dirinya berlagak ego kerana masih belum sedia untuk berbicara soal rujuk semula dengan bekas suami.

Sharifah Sakinah Akui Hidupnya Haru-Biru Selepas Bercerai

Advertisement

Menurutnya, beliau kini dikhabarkan memerlukan ruang untuk bersendiri bagi merawat masalah Gangguan Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD) yang dialaminya sekarang.

Tambah Sakinah, dirinya juga berasa sedikit lega selepas bercerai kerana tiada lagi tuduhan negatif dilemparkan kepada bekas suaminya, Aliff Adha.

Sharifah Sakinah Akui Hidupnya Haru-Biru Selepas Bercerai

Disoal berkenaan kehidupan selepas penceraian, Sakinah dilihat tidak segan memaklumkan kepada umum tentang situasi yang melanda dirinya ketika ini.

“Hidup saya agak haru-biru kerana perceraian baru berlaku. Saya masih cuba menyesuaikan diri dengan status baharu tanpa seorang suami di sisi. Proses transisi itu tidak mudah, namun saya sedang melakukan yang terbaik.”

Berkongsi mengenai punca perpisahan, Sakinah menyatakan dirinya tidak boleh menjadi isteri yang baik, sedangkan Aliff adalah suami yang sangat baik dan tak pernah mempersoalkan kelakuannya. Malah menegaskan masalah ADHD yang saya alami merupakan salah satu sebab mengapa dirinya memutuskan untuk berpisah.

Sementara itu, Sakinah mendedahkan anak tunggalnya, Anais Adha yang kini berusia tiga tahun sangat bersedih apabila sudah tidak duduk serumah dengan bapanya.

Sharifah Sakinah Akui Hidupnya Haru-Biru Selepas Bercerai

“Dia masih kecil, namun saya tahu dia sangat bersedih terutama apabila sudah tidak tinggal serumah dengan bapanya. Setiap kali bekas suami datang melawat, Anais akan mengambil tangan saya untuk diletakkan atas tangan bapanya sambil mengalirkan air mata.”

Sekadar informasi, Sakinah kini difahamkan sedang menjalani sesi kaunseling dan terapi bersama pakar psikiatri selain turut mengambil ubat mengikut preskripsi.

Sharifah Sakinah Akui Hidupnya Haru-Biru Selepas Bercerai

Sakinah sebelum ini telah selamat bergelar isteri kepada juruterbang Aliff Adha dengan seklali lafaz dalam satu majlis pernikahan di Putrajaya pada Mac 2015. Bagaimanapun, segalanya runtuh apabila kedua-dua mereka mengambil keputusan untuk berpisah pada Mei 2020.

Sumber: Kosmo!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...