Sharifah Haneesya Akui Ada Terima Tawaran Ke New York – “Saya Tak Mampu Kawal Reaksi Netizen Kalau Kena Berpakaian Seksi”

Hiburan

Sharifah Haneesya Akui Ada Terima Tawaran Ke New York – “Saya Tak Mampu Kawal Reaksi Netizen Kalau Kena Berpakaian Seksi”

Pelakon Sharifah Haneesya mendedahkan pernah ditawarkan peluang mengembangkan kerjaya di New York, Amerika Syarikat kira-kira lima tahun lalu, namun menolaknya kerana bimbang tidak mampu mengawal diri apabila berjauhan daripada keluarga.

Menurut Haneesya atau nama penuhnya Sharifah Haneesya Hanee Sayed Sahlan, 25, pengalaman silam banyak mengajarnya untuk lebih berhati-hati dalam membuat keputusan besar.

Advertisement

sharifah haneesya

Katanya menerusi TikTok dan lapor mStar,

Saya tanya diri sendiri, kuat ke iman kalau hadap dunia sana? Jawapannya tidak. Pengalaman lalu sudah cukup jadi pengajaran. Kalau di Malaysia pun saya boleh tersasar, apatah lagi di luar negara tanpa mak untuk menegur.

Tambah pelakon drama ‘Dia Imamku’ ini, hubungannya yang rapat dengan ibu serta adik-beradik menjadi faktor utama untuk kekal di tanah air. Katanya, dia tidak sanggup berdepan rasa rindu yang berpanjangan, selain kos untuk sering pulang ke Malaysia juga tinggi.

Haneesya turut menegaskan bahawa dia peka dengan pandangan masyarakat. Jelasnya,

Saya bukan manja, boleh hidup berdikari. Tapi kalau di luar negara saya diminta berpakaian seksi, saya tak mampu kawal reaksi netizen. Di Malaysia pun bila pakai seksi dah kena kecam, apatah lagi di luar negara bila tiada ruang untuk bersuara.

haneesya hanee tukar nama
2025-09-08 10:23:27

Haneesya Hanee Tukar Nama - "Harap Lebih Banyak Perkara Baik Berlaku"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...