June 1st, 2020

Kesal dengan tindakan segelintir pihak yang sentiasa mengetengahkan isu perkauman dalam sesuatu perkara, aktres Sharifah Amani tampil bersuara berkenaan hal berkenaan di laman Instagramnya.

sharifah amani

Menurut Amani, belum dikhabarkan kecewa terhadap pihak tidak bertanggungjawab ekoran tragedi pembunuhan lelaki berkulit hitam di Amerika Syarikat, George Floyd yang membawa isu rasis di negara berkenaan.

Ujar Amani, sifat rasis mampu timbul dalam satu bangsa andai mereka merasakan diri mereka lebih hebat berbanding bangsa lain. Hal ini kerana, Amani berpendapat, Tuhan menciptakan semua individu adalah sama.

View this post on Instagram

Izinkan mereka bernafas. 🙏❤️🙏 Ini lah akibatnya bila kau pikir satu bangsa itu lagi hebat daripada yang lain. Tuhan cipta kita semua sama. Tak kisah lah Melayu, Cina, India, White, African American, Rohingya atau dan lain lain. Kita semua manusia. That’s why we have to stick together and fight racism with love and unity. . Prejudice and racism cannot exist without contact. Tak kenal maka tak cinta. So get out there and start making contact with people who u think are different from u. Belajar untuk menerima dan kenal orang yang kamu rasa lain dengan kamu. Terima kelainan itu dgn kasih sayang. ❤️ . . Artwork by @angeloruta

A post shared by Sharifah Amani (@sharifah_amani) on

“Tuhan cipta kita semua sama. Tak kisah lah Melayu, Cina, India, White, African American, Rohingya atau lain-lain, kita semua sama.”

Dalam pada itu, Amani dilihat seakan mengajak orang ramai untuk saling mengenali golongan yang dianggap berbeza dengan kita. Malah menyeru agar berganding bahu bersepakat untuk tidak lagi menggunakan isu rasis ini dalam kalangan masayarakat.

“That’s why we have to stick together and fight racism with love and unity.”

Tambah Amani, kita juga digalakkan untuk belajar menerima dan kenal golongan berlainan ini dengan penuh kasih sayang.

sharifah amani

Terdahulu, Floyd difahamkan meninggal duna selepas lehernya ditekan dengan menggunakan lutut oleh seorang pegawai pulis berkulit putih, Derek Chauvin.

Hasil rakaman video mendapati, Floyd sempat memberitahu pegawai polis berkenaan bahawa dirinya berasa lemas namun perkara tersebut langsung tidak dihiraukannya.

Susulan kejadian itu, beberapa Bandar utama di Amerika Syarikat berdepan dengan bantahan ganas oleh ribuan penunjuk perasaan yang marah dengan kekerasan dilakukan polis berkenaan.


4 responses to “Sharifah Amani Seru Orang Ramai Hentikan Isu Perkauman”

  1. Imani Melayu selekeh says:

    You know nothing! Just shut up your mouth! Better not says anything if you not in the country. ?

  2. Shatik says:

    Ye amani. Btl ko ckp tu. Tp kt mlysia ape jdi kt bangsa melayu klu dah sume bangsa blh dduk ramai2 mngatasi org melayu sndri? Cer cter. Ni tanah air ko tau. Org melayu. Xde istilah sume sama je.

    • Xxx says:

      Bodoh. Bangsa ko x maju ko salahkan bangsa lain. Bangsa Melayu ketua negara, Sultan, pegawai tinggi kerajaan. Semua decision maker, penggubal undang2. Apa diorg buat??? Org asli pon diorg x bole bg masuk Islam semua. Jawapan senang salahkan bangsa lain. Yg Melayu kaya anak VVIP. Semua kaya project gomen, duit rakyat x kira bangsa. Ko jadi apa? Anak2 ko nak jadi apa? Keep blaming Cina, India, Russia semua. Dasar alasan, bkn solution

  3. hisham procheck says:

    Hai Amani……support you

Leave a Reply to hisham procheck Cancel reply

Loading...