Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Sharifah Amani Seru Orang Ramai Hentikan Isu Perkauman

sharifah amani

Kesal dengan tindakan segelintir pihak yang sentiasa mengetengahkan isu perkauman dalam sesuatu perkara, aktres Sharifah Amani tampil bersuara berkenaan hal berkenaan di laman Instagramnya.

sharifah amani

Advertisement

Menurut Amani, belum dikhabarkan kecewa terhadap pihak tidak bertanggungjawab ekoran tragedi pembunuhan lelaki berkulit hitam di Amerika Syarikat, George Floyd yang membawa isu rasis di negara berkenaan.

Ujar Amani, sifat rasis mampu timbul dalam satu bangsa andai mereka merasakan diri mereka lebih hebat berbanding bangsa lain. Hal ini kerana, Amani berpendapat, Tuhan menciptakan semua individu adalah sama.

Advertisement

“Tuhan cipta kita semua sama. Tak kisah lah Melayu, Cina, India, White, African American, Rohingya atau lain-lain, kita semua sama.”

Dalam pada itu, Amani dilihat seakan mengajak orang ramai untuk saling mengenali golongan yang dianggap berbeza dengan kita. Malah menyeru agar berganding bahu bersepakat untuk tidak lagi menggunakan isu rasis ini dalam kalangan masayarakat.

“That’s why we have to stick together and fight racism with love and unity.”

Tambah Amani, kita juga digalakkan untuk belajar menerima dan kenal golongan berlainan ini dengan penuh kasih sayang.

sharifah amani

Terdahulu, Floyd difahamkan meninggal duna selepas lehernya ditekan dengan menggunakan lutut oleh seorang pegawai pulis berkulit putih, Derek Chauvin.

Hasil rakaman video mendapati, Floyd sempat memberitahu pegawai polis berkenaan bahawa dirinya berasa lemas namun perkara tersebut langsung tidak dihiraukannya.

Susulan kejadian itu, beberapa Bandar utama di Amerika Syarikat berdepan dengan bantahan ganas oleh ribuan penunjuk perasaan yang marah dengan kekerasan dilakukan polis berkenaan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

4 Comments

  1. Imani Melayu selekeh

    June 2, 2020 at 8:49 am

    You know nothing! Just shut up your mouth! Better not says anything if you not in the country. ?

  2. Shatik

    June 1, 2020 at 5:39 pm

    Ye amani. Btl ko ckp tu. Tp kt mlysia ape jdi kt bangsa melayu klu dah sume bangsa blh dduk ramai2 mngatasi org melayu sndri? Cer cter. Ni tanah air ko tau. Org melayu. Xde istilah sume sama je.

    • Xxx

      June 1, 2020 at 11:57 pm

      Bodoh. Bangsa ko x maju ko salahkan bangsa lain. Bangsa Melayu ketua negara, Sultan, pegawai tinggi kerajaan. Semua decision maker, penggubal undang2. Apa diorg buat??? Org asli pon diorg x bole bg masuk Islam semua. Jawapan senang salahkan bangsa lain. Yg Melayu kaya anak VVIP. Semua kaya project gomen, duit rakyat x kira bangsa. Ko jadi apa? Anak2 ko nak jadi apa? Keep blaming Cina, India, Russia semua. Dasar alasan, bkn solution

  3. hisham procheck

    June 1, 2020 at 2:28 pm

    Hai Amani……support you

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top