Kesal dengan tindakan segelintir pihak yang sentiasa mengetengahkan isu perkauman dalam sesuatu perkara, aktres Sharifah Amani tampil bersuara berkenaan hal berkenaan di laman Instagramnya.
Menurut Amani, belum dikhabarkan kecewa terhadap pihak tidak bertanggungjawab ekoran tragedi pembunuhan lelaki berkulit hitam di Amerika Syarikat, George Floyd yang membawa isu rasis di negara berkenaan.
Ujar Amani, sifat rasis mampu timbul dalam satu bangsa andai mereka merasakan diri mereka lebih hebat berbanding bangsa lain. Hal ini kerana, Amani berpendapat, Tuhan menciptakan semua individu adalah sama.
“Tuhan cipta kita semua sama. Tak kisah lah Melayu, Cina, India, White, African American, Rohingya atau lain-lain, kita semua sama.”
Dalam pada itu, Amani dilihat seakan mengajak orang ramai untuk saling mengenali golongan yang dianggap berbeza dengan kita. Malah menyeru agar berganding bahu bersepakat untuk tidak lagi menggunakan isu rasis ini dalam kalangan masayarakat.
“That’s why we have to stick together and fight racism with love and unity.”
Tambah Amani, kita juga digalakkan untuk belajar menerima dan kenal golongan berlainan ini dengan penuh kasih sayang.
Terdahulu, Floyd difahamkan meninggal duna selepas lehernya ditekan dengan menggunakan lutut oleh seorang pegawai pulis berkulit putih, Derek Chauvin.
Hasil rakaman video mendapati, Floyd sempat memberitahu pegawai polis berkenaan bahawa dirinya berasa lemas namun perkara tersebut langsung tidak dihiraukannya.
Susulan kejadian itu, beberapa Bandar utama di Amerika Syarikat berdepan dengan bantahan ganas oleh ribuan penunjuk perasaan yang marah dengan kekerasan dilakukan polis berkenaan.