Sharifah Aini Dijangkiti Penyakit H1N1, Redha Dijemput OlehNya

Hiburan

Sharifah Aini Dijangkiti Penyakit H1N1, Redha Dijemput OlehNya

Aduh. Sedihnya hati Abang Nara membaca luahan hati Sharifah Aini yang dikongsi olehnya di laman Facebook beliau. Untuk makluman, Sharifah Aini atau lebih dikenali dengan nama Kak Pah kini menghidap penyakit H1N1 Influanza dan Pneumonia (radang paru-paru). Akibatnya, Kak Pah terpaksa tinggal di hospital selama 28 hari dan ditempatkan dalam bilik yang diasingkan daripada pesakit-pesakit lain.

kak pah

Advertisement

Membaca kata-kata Kak Pah, beliau tampak redha sekiranya sudah sampai masa untuk dijemput menghadapNya. Semoga Kak Pah dipanjangkan umur dan lekas sembuh daripada penyakit ini. Tulis Kak Pah:-

Setiap dari kita tidak tahu bila kita akan dijemput olehNYA…Jika ditakdirkan ALLAH, sampai masanya untuk saya pulang ke RahmatuLLAH, jika ditakdirkan ujian yang ALLAH berikan ini berakhir dengan saya keluar sebagai jenazah…dengan hati yang damai, saya tenang dan REDHA dengan apa yang telah ditetapkan.

Doakan saya berakhir dalam KHUSNUL KHOTIMAH. Sesuatu yang saya ingin anda, keluarga FB saya tahu ialah…saya TERAMAT SAYAAAAAAAAAAAAAAANGKAN ANDA SEMUA…saya sangat menghargai segala kasih sayang, ingatan, doa dan budi baik yang telah anda curahkan kepada saya selama ini. Doakanlah kesejahteraan saya, sedekahkanlah Al-Fatihah, ingatlah saya dalam setiap DOA anda. In Shaa ALLAH, kita semua akan menjadi keluarga semula di JANNAH!

Satu pesanan saya, seandainya saya sudah tiada…gunakanlah FB ini kearah kebaikkan…untuk menjaga Silaturrahim…untuk saling menasihati…bukan untuk mengumpat…menabur fitnah…dan segala perbuatan yang sia-sia dan mendatangkan dosa. Kasihanilah diri anda sendiri.

Begitu pantas masa berlalu…45 tahun saya bergelar anak seni…….terlalu banyak kenangan, terlalu banyak pengalaman…pahit dan manis…begitu ramai yang telah membesar dengan lagu-lagu saya… namun yang pasti, perjalanan panjang penuh berwarni-warni yang telah saya lalui ini tidak akan terjadi tanpa kehadiran anda, peminat-peminat yang sentiasa memberi sokongan tidak pernah berbelah-bagi selama keberadaan saya dalam dunia seni.

Anda adalah pembakar semangat, pendorong untuk saya untuk terus bertahan. Tanpa anda siapalah saya. Ketahuilah, sedari mula saya melangkahkan kaki dalam dunia seni sehingga ke hari ini, niat saya tidak pernah berubah, ikhlas untuk menggunakan anugerah suara yang telah dikurniakan ALLAH ini dengan sebaik mungkin. Always remember that I sing with LOVE!

Walau apapun yang berlaku, saya ingin anda tahu yang saya teramat hargai kehadiran, kasih sayang dan sokongan anda selama ini. Segala kebaikkan anda tidak akan pernah luput dari ingatan, dan akan saya bawa hingga ke akhir hayat.

Doakan kesejahteraan saya dunia dan akhirat sebagaimana saya sentiasa mendoakan kebaikkan dan kesejahteraan buat semua keluarga dan peminat-peminat saya di sini. In Shaa Allah, jika dipanjangkan usia dan diizinkankan Allah, kita akan berjumpa lagi.

Salam Santun Erat Silaturahim Wa Ukhuwah Fillah & Salam Teramat Sayang Untuk Adik-Adik Kak Pah dan Semua Anak-Anak Ummie Sharifah yang dikasihi di FB ini.

kak pah

Sedih kan? Marilah kita sama-sama panjatkan doa agar Sharifah Aini diberi kekuatan, kesihatan dan dipanjangkan umur untuk terus hidup di muka bumi Allah ini. Masih terlalu awal untuk kita kehilangan seorang penyanyi lagenda seperti beliau. Teruskan menerima rawatan, teruskan makan ubat dan terus cekalkan hati untuk hidup. Insya Allah segalanya akan pulih seperti sediakala.

P.S: Cara menyediakan kerepek tempe yang sedap

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...