Shamsul Ghau Ghau ‘Hilang’ 10 Tahun Demi Belajar Al-Quran, Duit Simpanan RM300K Habis Diguna & Jual 2 Biji Rumah

Hiburan

Shamsul Ghau Ghau ‘Hilang’ 10 Tahun Demi Belajar Al-Quran, Duit Simpanan RM300K Habis Diguna & Jual 2 Biji Rumah

Yang dahulu dikenali sebagai pelakon, Shamsul Ghau Ghau memberitahu dia hilang daripada industri seni selama 10 tahun kerana mahu fokus kepada pengajian Al-Quran untuk mendapatkan sijil bertauliah.

Lalui beberapa ujian sepanjang hilangkan diri

Kata Shamsul yang kini turut dikenali sebagai pendakwah bebas, sepanjang menghilangkan diri, dia telah mengambil inisiatif untuk mempelajari Al-Quran lebih mendalam.

Advertisement

Bahkan, mendapat tawaran untuk pergi ke Mesir untuk pelajari Al-Quran, namun ditolak kerana ketika itu anaknya masih belajar dan ada yang sedang mengambil SPM.

Untuk ambil tauliah bukan mudah, ada dua ujian dan tempoh untuk keputusan selama setahun. Memang lama.

@ohbulanofficial Shamsul Ghau Ghau menyatakan selama 10 tahun dia menghilang diri daripada industri seni adalah untuk memberi fokus kepada pengajian al-Quran bagi mendapatkan sijil tauliah sebagai penceramah. MasyaAllah 🤲🏻 #ohbulan #sembangentertainment ♬ original sound – OHBULAN!

Wang simpanan RM300,000 habis, jual aset dimiliki

Dalam pada masa yang sama, Shamsul Ghau Ghau atau nama sebenar, Shamsul Azahar Aliddin mendedahkan telah mengguna seluruh wang simpanan sebanyak RM300,000 serta menjual aset yang dimiliki.

Kata Shamsul, ia bertujuan untuk menampun kos sara keluarga sepanjang tempoh ‘menghilang’ selama 10 tahun lalu.

Sekadar info, Shamsul Ghau Ghau menceritakan kisahnya ini ketika ditemubual oleh pihak media di separuh akhir Pentas Marhaban yang berlangsung di TV Al-Hijrah.

PS
12 months ago

"Kalau Saya Tak Dapat Balik Duit Saya..." - Puteri Sarah Ditipu Rakan Perniagaan, Bawa Lari RM26,000

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...