Written by Irsa | October 14th, 2019

Ramai peminat Gegar Vaganza kini kembali ‘bangun’ selepas musim ke-6 rancangan itu mula bersiaran di kaca televisyen kelmarin. Bukan calang-calang peserta yang berentap untuk musim kali ini. Antaranya ialah Roy, Jatt Ali, Wann, Noorshila Amin, Hady Mirza, Mazleela, Feeza, Nurfatima, Naqiu Boboy, Ameer Sofazr, Hady Mirza dan dua kumpulan duo iaitu Kool dan One Nation Emcees.

Pun begitu yang paling menarik perhatian ialah kemunculan semula vokalis Visa iaitu Sham yang pernah mengumumkan bahawa dia telah menarik diri daripada terus berkecimpung dalam industri hiburan tanah air suatu ketika dahulu.

sham visa dituduh buat pembedahan plastik untuk kelihatan seperti tony stark

Kemunculan semulanya dengan imej baru membuatkan ramai peminat jadi tak keruan kerana masih kekal tampan walaupun sudah menginjak usia 43 tahun. Tampil dengan imej berkumis dan mengenakan cermin mata bulat, dia kini digelar sebagai Tony Stark Malaysia, watak adiwira yang telah dijayakan pelakon antarabangsa terkenal iaitu Robert Downey Jr.

sham visa dituduh buat pembedahan plastik untuk kelihatan seperti tony stark

Tapi yang tak seronoknya apabila ada suara sumbang yang menuduh penyanyi veteran itu telah melakukan pembedahan plastik bagi membuatkan dia kelihatan seiras dengan watak Iron Man itu.

Saya tak boleh nak komen banyak mengenai perkara itu. Ada yang kata saya membuat pembedahan plastik tetapi saya nak berterima kasih kepada ayah saya lah yang bagi ini (raut wajah).

Namun begitu, dia tidak mahu ambil pusing mengenai kontroversi itu kerana dia faham itu adalah lumrah yang perlu dihadapi jika mahu bergelar sebagai anak seni. Penyanyi yang popular dengan lagu “Dalam Gerimis” itu menambah bahawa fokus utamanya adalah untuk memberikan persembahan yang terbaik bagi mengubat rindu kepada peminatnya.

Sumber: ASTRO Awani

18 responses to Sham Visa Nafi Tuduhan Buat Pembedahan Plastik Untuk Kelihatan Seperti Tony Stark

  1. Anonymous says:

    ala korang ni 43 masih mudalah..

  2. Anonymous says:

    sah2 laa sham ni dari muda helok.. dah tua ni pn helok sbb rambut dia masih lebat, pastu body maintain, pandai dress up sesuai dgn usia pulak tu.. x dela seluar senteng. jaket senteng ala2 bbnu.. trying hard sgt nak bg npk muda..

    go go sham!! mmg charming abes… gaya skema x tergedik2.. daddy2 sgt..

  3. Anonymous says:

    dh tua nie aku lg suka tgk dia..makin tua makin hensem.. muda2 jambu sgt..x selera..hahaha

  4. anonymous says:

    masa muda dulu cute bila dah tua charming and sexy back kata auntie Ella …charmingg

  5. Anonymous says:

    ayah??? Allah yang bagi.. bersyukur dan berterima kasih pada Allah..

  6. biarbetik says:

    43 muka tua jek..Tony Stark bairbetik???

  7. ape hal says:

    dia kan ada berlakon citer drama cokelat honey ke apa tah dgn zamarul tu jd bff bisnes… aku ingt sape lahhh rupanya sham visa hihihi

  8. Anonymous says:

    Muke sham visa ni dr dlu mmg cmni kot muka style2 syafiq kyle petak2 sikit n rambut pon lbh kurang, cuma ni maybe die hired lah advisor sape2 yg bley advise jd elok sikit xkn da tua nak style ala2 bbnu x kena kot

  9. Anonymous says:

    hahahaha bodohnya yang kata pembedahan plastik tu. muka sham visa dah memang iras begitu dari dulu lagi, Bedah apa kalau dah memang asal iras begitu. Kalau ada perubahan sikit pun dah sah2 lah sebab usia, takkan la umur 40an muka akan tetap sebijik sama semasa umur 20an. Lagi satu, biasa je muka orang umor 40an maintain lagi, setakat 43, mana ada perubahan jauh sangat. masih muka dewasa. 43 bukan 63 ok, kau expect muka 43 jenis muka atok nenek tua ke apa, tak pernah campur orang ke hape pengomen tu, duduk gua?. Malahan, sangat ramai artis lelaki umur 40an di merata negara termasuk malaysia yang masih maintain.

  10. Kennn says:

    Cth terdekatt..Aaron ajiz.. Hisham Hamid… 40an..maintain gitew

  11. Anonymous says:

    Sham Visa umur 48 tahun bukan 43 tahun. Old & charming.

  12. Anonymous says:

    Aaron Aziz – 44 tahun / Hisham Hamid – 33 tahun / Shan Visa – 48 tahun bukan 43 tahun

  13. Laki aku limited says:

    aku suka sgt dgn Sham ni…dah la hensem..bini 1 ja… pakej la ni… xdaknya layan nafsu mcm tipikal lelaki melayu yg lain… mcm ni bgs…jaga family.. moga2 hingga akhir hayat ya… trend baru myb..laki2 yg muka x berapa hensem tp batang haus ja.. buas oo

  14. Mak c kina says:

    Apa bongok sgt netizen ni..kalau dia buat plastics surgery, baik dia buat bagi muda..kulit tegang..hahaha
    Tp imej zkrg mmg helok sgt..sesuai usia

  15. pela korang says:

    wah.. hakak suke sgt. terlalu gentel man gituw.. i like. sgt lelaki nmpknye.. hhehehe klu pmpuan muda jtuh cinta pn no wonder la.. imej dia smat. k

  16. akak cleaner says:

    jgn puji sangat bro……..lelaki ni di duga bila dah Berjaya dan punya nama….perjalanan dia lepas GV6 ni masih Panjang lagi. kerjaya dia sama ngan laki aku….keja offshore.. kesetiaan dan kepercayaan itu penting….

  17. Anonymous says:

    betul2 ingat si Sham Visa menang rm3k pilihan juri…. rupanyer si naqui yg nyanyi tah haper2 bunyi xsampi…. bagus lagi si sham visa / roy / jatt blackdogbone buat persembahan.. nyanyi pun bunyi mcm keset…

    rindu laaa kak.khaty ibrahim kt gegar veganza…. sejak juri indon tu ader menyampah jerrrrr tgk… dh laa suke menyampukkk juri lain komen…

  18. minah jambu say NO to drugs says:

    hetty kos endang the best bila komen lantang tak lembek..ella lagi mengarot komen macm nak pegi katil aje lagiiiii menyampah tengok..jadi juri mesti lantang kasi komen jujur ikhlas n yg betol punye..jangan jadi juri tak bagus pon cakap bagus nak ambek hati punya pasal ..yg menang juara bukan sikit duit so kasi komen yg bagus n lantang n jujur..lov hetty k endang n ramlie ms..lov khaty olso..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini