Sham Visa Nafi Tuduhan Buat Pembedahan Plastik Untuk Kelihatan Seperti Tony Stark

Hiburan

Sham Visa Nafi Tuduhan Buat Pembedahan Plastik Untuk Kelihatan Seperti Tony Stark

Ramai peminat Gegar Vaganza kini kembali ‘bangun’ selepas musim ke-6 rancangan itu mula bersiaran di kaca televisyen kelmarin. Bukan calang-calang peserta yang berentap untuk musim kali ini. Antaranya ialah Roy, Jatt Ali, Wann, Noorshila Amin, Hady Mirza, Mazleela, Feeza, Nurfatima, Naqiu Boboy, Ameer Sofazr, Hady Mirza dan dua kumpulan duo iaitu Kool dan One Nation Emcees.

Pun begitu yang paling menarik perhatian ialah kemunculan semula vokalis Visa iaitu Sham yang pernah mengumumkan bahawa dia telah menarik diri daripada terus berkecimpung dalam industri hiburan tanah air suatu ketika dahulu.

Advertisement

sham visa dituduh buat pembedahan plastik untuk kelihatan seperti tony stark

Kemunculan semulanya dengan imej baru membuatkan ramai peminat jadi tak keruan kerana masih kekal tampan walaupun sudah menginjak usia 43 tahun. Tampil dengan imej berkumis dan mengenakan cermin mata bulat, dia kini digelar sebagai Tony Stark Malaysia, watak adiwira yang telah dijayakan pelakon antarabangsa terkenal iaitu Robert Downey Jr.

sham visa dituduh buat pembedahan plastik untuk kelihatan seperti tony stark

Tapi yang tak seronoknya apabila ada suara sumbang yang menuduh penyanyi veteran itu telah melakukan pembedahan plastik bagi membuatkan dia kelihatan seiras dengan watak Iron Man itu.

Saya tak boleh nak komen banyak mengenai perkara itu. Ada yang kata saya membuat pembedahan plastik tetapi saya nak berterima kasih kepada ayah saya lah yang bagi ini (raut wajah).

Namun begitu, dia tidak mahu ambil pusing mengenai kontroversi itu kerana dia faham itu adalah lumrah yang perlu dihadapi jika mahu bergelar sebagai anak seni. Penyanyi yang popular dengan lagu “Dalam Gerimis” itu menambah bahawa fokus utamanya adalah untuk memberikan persembahan yang terbaik bagi mengubat rindu kepada peminatnya.

Sumber: ASTRO Awani

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...