Tindakan pelakon Shakila Khoriri yang berkongsi aktiviti harian dia sedang memanjat tangga untuk memasang sendiri bidai di bilik tidur nampaknya telah disalah anggap oleh sesetengah netizen yang mempersoalkan kemanakah perginya suami, Fizi Ali.

Berikutan itu, Shakilla telah tampil menjelaskan keadaan di mana dia tidak bermaksud untuk mengaibkan suaminya namun menganggap Fizi sebagai seorang yang banyak membantu dalam menguruskan perihal anak-anak dan rumah tangga.
Tambah pelakon wanita itu lagi, tujuan dia berkongsikan video tersebut hanyalah ingin menunjukkan bahawa ramai wanita mampu melakukan kerja rumah seperti itu seperti kaum lelaki.

Dia dalam pada itu turut menyelar tindakan sesetengah netizen yang sering beranggapan buruk terhadap sesuatu perkara.
“Jangan buat andaian atau komen perkara yang akan buat pihak lain tersinggung. Fizi banyak tolong saya dekat rumah dalam uruskan anak. Kau fikir Ameena siapa jaga masa aku duk bertukang ni? Jangan salah bual ya semua. Saya cuma nak nyatakan yang kerja rumah ini mudah, perempuan pun boleh buat, perlu ada minat,”
Sebelum ini, isteri kepada penyampai radio Suria FM itu telah berkongsikan video yang memaparkan dia sedang memanjat tangga seorang diri untuk memasang bidai.
View this post on Instagram
Sehubungan dengan itu, ada segelintir pengikut Instagram telah meninggalkan komen yang menanyakan di manakah Fizi kerana beranggapan kerja seperti itu sepatutnya dilakukan oleh sang suami.
Pelakon drama Air Mata Di Bumi Matador ini sempat mengucapkan rasa syukur kerana mempunyai suami yang banyak membantu dalam urusan rumah tangga dan juga menghormati minatnya.
Sekadar info, Shakilla telah mendirikan rumah tangga bersama Fizi pada 18 Februari 2018 yang lalu dan telah pun dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ameena Sofia yang kini berusia satu tahun.

unknown
January 4, 2021 at 12:42 pm
woii aku pun buat sendiri laa selagi mampu.. dh masuk 2021 kot xkn suma nak harapkan suami.. sadis
tecit
January 4, 2021 at 9:47 am
netizen pon. sukati die la die nk buat sendiri ke suruh suami ke. its an accomplishment for her ok. satu pencapaian yg hebat utk women ok. bukti wanita boleh buat ape saje kalu die nakkk.
tecit
January 4, 2021 at 9:42 am
you go girl! women rockss! aku pon xsuke tunggu sape2. sbb diri sendiri jenis xsabar. nk tunggu suami kdg2 dorang keje. balik pon dah malam. klu buat mlm2 jiran plak bising. buang sabtu ahad kang jiran bising jugakk. so last2 aku balik umah time lunch hour buat sendiri. ape adehal kan..
brunes
January 2, 2021 at 10:06 am
Who are youse sangat