Shakilla Khoriri Gigih Pasang Bidai Di Bilik Tidur Seorang Diri, Netizen Pertikai Mana Suami, -“Dia Banyak Tolong Urus Anak..”

Hiburan

Shakilla Khoriri Gigih Pasang Bidai Di Bilik Tidur Seorang Diri, Netizen Pertikai Mana Suami, -“Dia Banyak Tolong Urus Anak..”

Tindakan pelakon Shakila Khoriri yang berkongsi aktiviti harian dia sedang memanjat tangga untuk memasang sendiri bidai di bilik tidur nampaknya telah disalah anggap oleh sesetengah netizen yang mempersoalkan kemanakah perginya suami, Fizi Ali.

Shakilla Khoriri keluargaSumber : Instagram Shakilla Khoriri  

Berikutan itu, Shakilla telah tampil menjelaskan keadaan di mana dia tidak bermaksud untuk mengaibkan suaminya namun menganggap Fizi sebagai seorang yang banyak membantu dalam menguruskan perihal anak-anak dan rumah tangga.

Advertisement

Tambah pelakon wanita itu lagi, tujuan dia berkongsikan video tersebut hanyalah ingin menunjukkan bahawa ramai wanita mampu melakukan kerja rumah seperti itu seperti kaum lelaki.

Shakilla Khoriri dan keluargaSumber : Instagram Shakilla Khoriri  

Dia dalam pada itu turut menyelar tindakan sesetengah netizen yang sering beranggapan buruk terhadap sesuatu perkara.

“Jangan buat andaian atau komen perkara yang akan buat pihak lain tersinggung. Fizi banyak tolong saya dekat rumah dalam uruskan anak. Kau fikir Ameena siapa jaga masa aku duk bertukang ni? Jangan salah bual ya semua. Saya cuma nak nyatakan yang kerja rumah ini mudah, perempuan pun boleh buat, perlu ada minat,”

Sebelum ini, isteri kepada penyampai radio Suria FM itu telah berkongsikan video yang memaparkan dia sedang memanjat tangga seorang diri untuk memasang bidai.

Sehubungan dengan itu, ada segelintir pengikut Instagram telah meninggalkan komen yang menanyakan di manakah Fizi kerana beranggapan kerja seperti itu sepatutnya dilakukan oleh sang suami.

Pelakon drama Air Mata Di Bumi Matador ini sempat mengucapkan rasa syukur kerana mempunyai suami yang banyak membantu dalam urusan rumah tangga dan juga menghormati minatnya.

Sekadar info, Shakilla telah mendirikan rumah tangga bersama Fizi pada 18 Februari 2018 yang lalu dan telah pun dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ameena Sofia yang kini berusia satu tahun.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...