Terkejut juga Abang Nara membaca tulisan Miss J semalam di Pancaindera. Mana tidaknya, penulis ruangan terkenal itu melaporkan yang Shahrol daripada kumpulan Shiro telah pun selamat bertunang. Amboi senyap-senyap sungguh. Tambah menarik, Shahrol dikatakan telah mengikat tali pertunangan dengan pengurus peribadinya. Lagi sekali amboi sambil bekerja sempat ngorat. Hehehe.
Jika benar berita pertunangan ini, jutaan tahniah diucapkan kepada Shahrol Shiro. Memang sesuai sangat berkahwin dengan pengurus peribadi. Ke mana-mana pun dapat ikut. Pilihan yang amat tepat. Nanti kalau nak nikah, jangan lupa jemput Abang Nara yang merupakan peminat kumpulan Shiro. Tak sabar nak tengok Shahrol bersanding atas pelamin. Tahniah!!! Sumber Utusan Malaysia.
P.S: Sebelum dan selepas kucing terbiar diselamatkan