Bermula daripada rasa pening kepala dan berdenyut pada bahagian atas kening kirinya, Shahrol Shiro tidak menyangka bahawa beliau menghidap jangkitan sinus dan bakal menjalani pembedahan akibat daripada jangkitan tersebut di sebuah hospital swasta di Johor Bahru hari ini.
Sudah seminggu saya sakit kepala dan rasa berdenyut di bahagian kening kiri sangat mengganggu sampaikan tidur malam tidak lena. Berikutan tidak cukup rehan, saya jadi lesu. Ditambah lagi dengan jadual kerja yang padat, lagilah penat.
Saya jadi bimbang dan pergi buat pemeriksaan di hospital pada Ahad lalu. Rupa-rupanya saya disahkan menghidap sinus dan terus ditahan di wad untuk menjalani pembedahan yang dijadualkan pagi esok (hari ini).
Shahrol juga ada memuat naik sebuah foto di Instagram yang beliau bakal dibedah dan mengharapkan segala proses pembedahan berjalan dengan lancar. Pada masa yang sama, beliau juga memohon maaf kepada semua pihak kerana terpaksa berehat seketika dan tidak dapat bekerja seperti biasa.
Penyakit sinus ni atau dalam bahasa melayu dikenali sebagai resdung kalau tidak dirawat memang akan mendatangkan masalah yang lebih serius kelak. Memang rasa tidak selesa terutama sekali setiap pagi. Siapa yang ada resdung je la yang paham bukan? Apa-apa pun semoga Shahrol Shiro selamat menjalani pembedahan.