Shahir Sudah Bersedia Memperisterikan Erra Fazira, Dapat Restu Keluarga

Hiburan

Shahir Sudah Bersedia Memperisterikan Erra Fazira, Dapat Restu Keluarga

Selepas terpalit dengan beberapa kontroversi,  nama penyanyi Shahir kembali menyepi. Namun, kehadiran jejaka itu ke rumah terbuka Erra Fazira dan mesra memuat naik video Tik Tok bersama Engku Aleesya baru-baru ini kembali mendapat perhatian netizen.

Advertisement

Kemesraan mereka sudah ibarat keluarga yang sangat bahagia kata orang, Shahir juga mengakui beliau sudah bersedia untuk bergelar suami dan bapa.

Malah, hubungan mereka sudah direstui keluarga dan Shahir juga sedang membuat perancangan untuk melangkah ke alam perkahwinan bersama primadona itu.

Insya-Allah, kalau ada rezeki tahun ini, maka tahun inilah (kami berkahwin). Saya bagaimanapun belum dapat memaklumkan tarikhnya. Apabila tiba masanya nanti, saya akan beritahu kepada semua. Alhamdulillah, hubungan kami tiada masalah dan keluarga saya juga merestuinya. Cuma, saya menunggu tarikh dan ketikanya saja.

Kami mungkin akan terus bernikah, tanpa majlis bertunang. Apa pun, saya serahkan kepada jodoh. Aleesya juga menerima baik kehadiran saya. Namun, buat masa ini, saya memohon sedikit ruang untuk membuat perancangan. Apabila sudah ada tarikhnya nanti, saya akan hantar jemputan.

Rasanya sudah beberapa kali Shahir meluahkan hasratnya untuk memperisterikan Erra, tetapi semuanya seakan masih samar-samar dan tergantung. Harapnya kali ini segala perancangan akan menjadi dan ada jodoh mereka bersama. Pastinya ramai peminat yang mendoakan kebahagiaan mereka berdua.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...