Bila kami baca tajuk berita hari ini yang berbunyi “Shahir gali kubur sendiri“, hati kami mula tersenyum. Bukan apa, perkara yang sama pernah berlaku terhadap Yunalis Zarai suatu ketika dahulu. Asal ada artis baru nak naik, mesti keluar cerita yang bukan-bukan. Kononnya dah besar kepala dan tak ingat kat media. Sedikit sedutan berita tentang Shahir dalam suratkhabar hari nie:-
[note]Macam contoh sebuah majalah hiburan mingguan popular ini, Shahir pada mulanya sudah mengesahkan akan hadir ke sesi fotografi yang ditetapkan. Tiba-tiba pada hari fotografi, selamba menghantar SMS memberitahu yang dirinya tidak sihat.
Lucunya, pada malam sebelum hari fotografi terbabit, Shahir difahamkan boleh melepak sampai tiga pagi dengan kawannya di Sunway, Subang. Lebih menyakitkan hati teman wartawan itu, dia ada terdengar yang Shahir tak nak membuat publisiti buta-buta tanpa dibayar.[/note]
Kami rasa sumber yang buat cerita ini mesti jeles dengan artis-artis baru yang naik. Kemungkinan besar dia pun seorang artis baru dan cuba mengjahanamkan karier orang lain asalkan diri sendiri boleh popular. Dari sumber yang memang sangat kami boleh percayai, Shahir ini orang yang baik dan mudah mendengar kata. Kemungkinan besar gosip seperti ini dibuat untuk menjatuhkan dia. Kami dapat rasakan ada orang sedang menikam belakang Shahir untuk memastikan dia jatuh.
Apa pun kita tunggu penjelasan dari Shahir nanti. Tapi kami dapat rasakan semua ini berlaku sebab ada salah faham dan kurangnya komunikasi. Kita tunggu dan lihat. Klik sini untuk jadi Fans Facebook Shahir.
P.S: Dah tengok belum video pengakuan gay dari Azwan Ismail? Memang gila ~~
Update: Shahir tidak hadir ke konsert Astro Ria di I-City petang semalam. Apa sudah jadi?