June 22nd, 2016

Minggu lepas, ada desas-desus mengatakan Erra Fazira bakal bertunang dengan Shahir. Meskipun Erra menafikan perkara berkenaan,  Shahir pula membuat satu pendedahan yang beliau dan Erra sememangnya  sedang mengenali hati budi masing-masing dan hubungan mereka direstui kedua-dua belah keluarga.

Susulan pendedahan Shahir itu, ramai peminat yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang perhubungan mereka.

Menerusi portal Kosmo Online, Shahir memberitahu mereka pada awalnya hanya berkawan atas dasar kerja tetapi menjadi lebih akrab dan sering berbalas mesej.

Memang benar, kami mula berkawan sejak dua tahun lalu tetapi tidak mempunyai sebarang perancangan serius seperti berumah tangga dalam tempoh terdekat ini. Pada awalnya kami saling berhubung disebabkan atas dasar kerja. Saya mula menghantar khidmat pesanan ringkas kepadanya dan bermula dari detik itu, kami saling berbalas mesej.

Buat Shahir jarak usia 14 tahun antara mereka berdua bukan penghalang untuk mereka saling berkenalan. Malah, Shahir menyifatkan Erra seorang yang mempunyai ciri wanita sempurna dan matang.

Ia hanya satu angka dan tidak memberi sebarang kesan atau menggambarkan kematangan dan personaliti individu tersebut. Dalam rukun perkahwinan turut tidak meletakkan sebarang syarat atau garis panduan mengatakan pasangan perlu berkahwin dengan pasangan seusia. Selain itu, pasangan yang berkahwin seusia belum tentu menjamin kebahagiaan.

Dia merupakan seorang wanita yang matang, penuh dengan sikap keibuan dan berdikari. Selain itu, Erra juga mempunyai ciri sempurna sebagai seorang wanita.

Ditanya adakah mereka berdua bakal bertunang dan berkahwin dalam masa terdekat, Shahir menyerahkan hal berkenaan kepada ketentuan takdir.

Semuanya bergantung kepada ketentuan Ilahi kerana ini semua urusan Tuhan dan biarlah takdir menentukan. Umum hanya perlu tunggu dan lihat serta doakan yang baik-baik buat kami.

Ermmm, umur tu tidak menjadi masalah asalkan kedua-duanya sayang antara satu sama lain dan boleh sesuai bersama.

Sumber Berita : Kosmo Online


Comments are closed.

Loading...