Sejak tahun lalu lagi, berita mengenai percintaan primadona filem Melayu, Erra Fazira dan Shahir AF8 sering diperkatakan sehingga ada yang mendakwa kononnya mereka sudah bertunang. Kalau sebelum ini Erra sahaja yang memberikan kenyataan, kali ini Shahir telah tampil menjelaskan status hubungan mereka berdua.
Shahir mengakui beliau dan Erra serius berkawan dan beliau juga sudah bersedia untuk melangkah ke peringkat seterusnya bersama wanita tersebut. Shahir meminta agar peminat mendoakan yang terbaik buat mereka berdua.
Saya memang serius berkawan dengan Erra. Saya juga bersedia untuk ke peringkat seterusnya. Bila tiba masa yang sesuai dan semuanya sudah pasti, saya tidak akan keberatan untuk berkongsi. Saya faham situasi Erra yang selalu tampil ke hadapan menjawab persoalan orang ramai mengenai hubungan kami. Saya memohon semua peminat agar mendoakan hubungan kami. Insya-Allah, sampai waktu yang sesuai, akan ada berita baik.
Semoga segalanya dipermudahkan buat Shahir dan Erra. Kalau ada jodoh tidak kemana. InshaAllah peminat pasti akan mendoakan yang terbaik buat anda berdua.