Isteri kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Shahida tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pelakon, Fattah Amin dan penyanyi Amira Othman.
Permohonan maaf tersebut dibuat susulan ketelanjuran Aliff kerana menggelarkan Amira sebagai isteri Fattah Amin.
Menerusi satu video siaran langsung, Shahida menjelaskan tindakan Aliff itu berlaku secara spontan yang pada awalnya mahu bertanya siapakah selebriti yang dikaitkan bercinta dengan Fattah Amin.
Sebelum ni viral video Aliff tanya siapa isteri Fattah Amin, saya faham soalan dia bukan nak kata itu sebenarnya. Dia nak tanya orang yang digossipkan dengan Fattah.
Saya faham maksud dia, yang digossipkan itu Amira Othman la. Aliff ni tak pandai nak bercakap, kalau benda tu terus saja tapi dia akan bengkang-bengkuk.
@daya_mall Permintaan maaf secara terbuka keoada Fattah AMin & Amira Othman.. Maafkan Mama Ya 🙏🙏 #mamalaris #papalaris #datinshahidadherbs #terlajaklaris #dherbsaffiliate #dherbsonline #alifsyukriterlajaklaris #dherbsterlajaklaris #datinshahida #begalifsyukri ♬ original sound – Daya Affilliate Mall
Shahida akui terkejut apabila perkara tersebut menjadi buah mulut orang ramai.
Saya pun terkejut boleh viral. Sebenarnya tiada apa. Jadi, ini adalah permohonan maaf kepada Fattah Amin dan Amira Othman. Itu hanya spontan saja.
Minta maaf sangat kalau kami terlebih bicara. Tiada kena mengena pun. Saya tak tahu sama ada mereka akan berkahwin atau tida. Tiada jemputan pun.
Sebelum ini, kecoh di media sosial mengenai Fattah Amin dan Amira Othman sedang menanti hari bahagia mereka. Namun, pelakon itu menafikan dakwaan dia bakal berkahwin pada 25 Mei ini seperti yang dihebohkan oleh orang ramai.