Shaheizy Sam Terlalu Teruja Bakal Bergelar Bapa : Tujuh Kali Imbas Perut Isteri

Hiburan

Shaheizy Sam Terlalu Teruja Bakal Bergelar Bapa : Tujuh Kali Imbas Perut Isteri

Terlalu teruja kerana bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi, pelakon Shaheizy Sam akui beliau sudah tujuh kali membawa isterinya Syatilla Melvin untuk membuat imbasan kehamilan kerana seronok melihat perkembangan bayi didalam kandungan.

Advertisement

Alhamdulillah usia kandungan isteri mencecah tiga bulan. Sejak mengetahui isteri hamil, saya berasa sangat gembira. Sehinggakan sudah tujuh kali kami membuat imbasan kehamilan.

Tidak ada sebab tertentu, cuma kami mahu melihat pergerakan bayi. Setiap kali melihatnya, rasa terharu dan bersyukur. Mungkin disebabkan ini pengalaman pertama kami jadi rasa teruja itu lain macam.

Pada masa yang sama, Sam memberitahu Syatilla tidak mempunyai sebarang alahan teruk ketika peringkat awal kehamilan. Cuma, di bulan ketiga, Syatilla mengadu sakit kepala kerana pengambilan vitamin.

Demi menjaga kesihatan isterinya itu, Sam mencadangkan Syatilla untuk mengamalkan diet yang sihat.

Sam juga memaklumkan bahawa Syatilla bakal bersalin pada bulan Mei tahun hadapan. Walaubagaimanapun, mereka masih belum membuat persiapan untuk ketibaan anak mereka.

Memandangkan masih awal, kami belum berbincang soal ini. Begitu juga dengan persiapan. Insya-Allah kalau sudah dekat nanti boleh fikirkan. Saya sentiasa berdoa isteri dan bayi dalam kandungan sihat serta dipermudahkan segalanya.

InshaAllah segalanya akan dipermudahkan nanti. Apa yang penting jaga kandungan baik-baik  dan tidak putus berdoa.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...