Ketika membuat ucapan selaku pemenang Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2014, Shaheizy Sam telah menyebut yang dirinya bukan lagi di bawah pengurusan Metrowealth Pictures. Seperti yang kita sedia maklum, Metrowealth Pictures adalah milik penerbit filem terkenal, David Teo. Ramai yang terkejut mendengar kata-kata Shaheizy Sam tersebut dan tidak menyangka pengumuman sebegitu akan dilakukan pada saat-saat gembira pelakon tersebut.
Berdasarkan pemerhatian Abang Nara di Instagram David Teo, beliau baru sahaja memuatnaik gambar Shaheizy Sam dan menulis pelakon tersebut di bawah MIGTalent. Adakah penarikan diri Shaheizy Sam tidak diketahui oleh David Teo sendiri? Hmmmmm.
Pastinya ada penjelasan yang lebih jitu akan diberikan oleh Shaheizy Sam dan David Teo tentang perkara ini. Hubungan mereka berdua boleh disifatkan sebagai ayah dan anak. Pasti ia satu kerugian besar jika Shaheizy Sam keluar daripada naungan Metrowealth. Sama-samalah kita nantikan penerangan daripada pihak yang terbabit. Terima kasih @melakaboy untuk informasi.