Shaheizy Sam Percaya Kutipan Polis Evo Mampu Kalahkan The Journey

Hiburan

Shaheizy Sam Percaya Kutipan Polis Evo Mampu Kalahkan The Journey

Filem aksi berbahasa Melayu, Polis Evo, kini ialah filem Malaysia yang mencatat kutipan tertinggi 2015 setelah berjaya mengutip RM 8 juta sejak ditayangkan di pawagam 17 September lepas.

Lapor Cinema Online, ini menyebabkan pelakon utamanya, Shaheizy Sam, yakin bahawa filem itu mampu memecahkan rekod kutipan yang dibuat oleh filem The Journey pada tahun 2014.

Advertisement

Buat masa ini, The Journey ialah filem Malaysia yang berjaya membuat kutipan tertinggi sepanjang zaman iaitu sebanyak RM 17.6 juta. Kata Sam di majlis pratonton media filem terbarunya ‘Rembat’:

Melihat kepada kutipan Polis Evo sekarang, saya rasa kami boleh mengalahkan ‘The Journey.

The Journey ialah sebuah produksi Astro Shaw, sama seperti Polis Evo. Astro Shaw beritahu saya The Journey tidak membuat banyak kutipan pada minggu pertama tayangannya, tetapi mula mendapat kutipan yang lumayan pada minggu kedua.

Tetapi untuk Polis Evo, sejak hari pertama tayangannya sehingga hari ini–tiketnya masih habis terjual! Jadi saya percaya ia mampu mengalahkan rekod The Journey.

Polis Evo juga dibintangi oleh Zizan Razak telah menerima maklumbalas dan reaksi positif dari penonton dan pengkritik filem tempatan, dan Sam gembira kerana masih ramai yang menyokong industri filem tempatan.

Sam menambah yang walaupun Polis Evo telah mengutip RM 8 juta, dia tidak membuat sebarang keuntungan.

Astro Shaw tidak menjanjikan bonus. Terpulanglah pada mereka jika mahu memberi insentif kepada individu yang membantu pengeluaran filem itu, tetapi saya tidak meminta apa-apa.

Diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar, Polis Evo mengisahkan dua orang inspektor polis, Inspektor Khai dan Inspektor Sani yang perlu mengetepikan perbezaan personaliti mereka untuk melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah.

Filem Sam yang seterusnya, ‘Rembat’ bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 8 Oktober. Filem itu mengisahkan dua peminat fanatik pasukan bolasebak kebangsaan, Chin Chye (Ah Niu) dan Malik, yang mengalami kembara penuh kelakar sewaktu cuba menonton satu perlawanan antara Malaysia dan Thailand.

Tahun ini, kutipan filem Malaysia tidak memberangsangkan langsung tetapi kutipan yang dibuat oleh Polis Evo memberi sinar baru kepada industri filem yang seakan hampir mati. Diharap lebih banyak filem akan berjaya mendapatkan kutipan cemerlang seperti ini untuk menyemarakkan industri filem negara.

Jom saksikan Bangsawan ‘Anak Raja Anak Papa’ pada 9-11 Oktober 2015 di Auditorium DBKL. Maklumat lanjut sila hubungi 03-26148200/8262 atau fb: mysenibudaya atau layari www.jkkn.gov.my #mysenibudaya #jkknhq

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Wednesday, 30 September 2015

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...