Shaheizy Sam Nafi Semakin Kurus Kerana Sakit

Hiburan

Shaheizy Sam Nafi Semakin Kurus Kerana Sakit

Sebelum ini ramai yang memuja bentuk badan Shaheizy Sam yang cukup tegap dan sado, namun sejak kebelakangan ini, anda boleh lihat yang berat badan beliau menurun secara drastik dan membuatkan Sam kelihatan kurus.

Ada peminat yang bertanya, kenapa dengan Sam? Beliau sedang sakit ke?

Advertisement

Tidak mahu ramai terus berspekulasi dan risau, Sam menerusi akaun Instagram beliau telah memuat naik foto serta status yang menjelaskan mengapa beliau semakin kurus.

Jelas Sam, beliau terpaksa menurunkan berat badannya demi watak dalam filem yang bakal menjalani penggambarannya tidak lama lagi.

Ramai bertanyakan Sam soalan yang lebih kurang sama kebelakangan ni. Soalan2 seperti “kenapa kurus sangat?”, “Sam sakit ke?”, dan ada juga yang bagi statement seperti “jangan la kurus sangat, tak handsome”. Hehek . Jawapannya, kerana tuntutan kerja.

Alhamdulillah, Sam sentiasa sihat dan kerjaya seorang pelakon tidak wajib untuk kelihatan handsome, macho atau comel sepanjang masa. Watak yang dibawa selalunya mempengaruhi gaya kehidupan seseorang pelakon itu. Semoga segala persoalan terjawab. Terima kasih kerena mengambil berat. I love u all lah!!!

Pada kami Sam antara aktor yang mahukan hasil yang terbaik didalam setiap watak yang beliau lakonkan. Kalau dalam filem Polis Evo beliau sanggup mengamalkan diet dan bekerja keras untuk mendapatkan susuk tubuh yang mantap, kali ini beliau sanggup kelihatan kurus untuk watak lain pula.

Sumber Berita : Instagram Shaheizy Sam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...