Shaheizy Sam Luah Rasa Syukur, Kini Semakin Pulih & Sudah Kembali Sihat

Hiburan

Shaheizy Sam Luah Rasa Syukur, Kini Semakin Pulih & Sudah Kembali Sihat

Keadaan kesihatan pelakon, Shaheizy Sam kini semakin baik dan kembali okay selepas dikejarkan ke hospital pada Jumaat lalu kerana mengalami Hypoventilation akibat keletihan melampau sewaktu menjalani penggambaran.

Shaheizy Sam
3 years ago

"Bini Kembang, Laki Kena Kecut.." Sedar Perut Semakin Gendut, Shaheizy Sam Mula Ke Gimnasium

Advertisement

Terdahulu, Sam memberitahu yang dia terpaksa dimasukkan ke wad kecemasan di zon merah apabila terkena serangan tersebut ketika sedang bekerja.

Serangan itu buat dada saya jadi sempit dan sukar bernafas. Jadi, saya dimasukkan ke zon merah kelmarin untuk mendapatkan rawatan lanjut dan doktor memantau tahap kesihatan saya.

Menurut Sam, dia pernah terkena serangan Hypoventilation tersebut sebelum ini ketika menjalani penggambaran filem Polis Evo 2 dan dia mengalami sekali lagi serangan tersebut baru-baru ini.

Sam bagaimanapun memaklumkan yang dia bersyukur kerana keadaan kesihatannya tidak begitu serius lalu diberi pelepasan pada hari yang sama untuk meneruskan penggambaran selepas dipantau dalam tempoh sejam di hospital.

Tambah Sam, keadaan kesihatannya semakin beransur pulih dan kini sudah dapat meneruskan kerja penggambaran semula seperti sediakala.

Shaheizy Sam

Sam atau nama sebenarnya Shaheizy Sam Abdul Samad sempat juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakannya ketika dia mengalami serangan penyakit tersebut.

Sekadar info, serangan Hypoventilation tersebut berlaku apabila pernafasan yang terlalu singkat atau terlalu lambat untuk memenuhi keperluan badan akibat keletihan melampau.

Jika seseorang itu mengalami serangan tersebut, tahap karbon dioksida dalam badan akan meningkat, sekaligus menyebabkan pertambahan asid dan terlalu sedikit oksigen dalam darah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...