September 17th, 2013

Ketika Shaheizy Sam menyanyi lagu “Begini Caranya” bersama Yana Samsudin, Abang Nara berkata di dalam hati “not bad jugak suara si Sam nie“. Abang Nara tertunggu-tunggu jugak bila Shaheizy Sam nak keluarkan single terbaru. Sayangnya Sam lebih fokus kepada lakonan sehingga karier nyanyiannya seolah-olah terhenti.

nescafe on samJadi apabila Abang Nara mendapat jemputan oleh pihak Nescafe untuk memulakan semula karier nyanyian Shaheizy Sam, memang diri ini agak teruja. Sebabnya selain daripada salah seorang peminum tegar Nescafe, Abang Nara juga boleh tulis lirik untuk lagu terbaru Shaheizy Sam ini. Itu sebabnya projek ini dinamakan #NescafeOnSam.

Bagi Abang Nara lagu yang baik bukan sahaja kena ada melodi yang catchy, tetapi liriknya pun perlu mempunyai maksud dan kukuh. Perlu ada inspirasi. Dan dalam kehidupan kita ini, memang sentiasa ada kejadian yang memberikan kita inspirasi. Kalau dikongsikan bersama projek #NescafeOnSam, pasti lagu yang akan terhasil sangat-sangat bermakna dan bermutu. Tak gitu?
nescafe on sam
Abang Nara percaya pembaca BeautifulNara dan peminat-peminat Shaheizy Sam kesemuanya kreatif-kreatif belaka. Abang Nara dah baca beberapa idea yang dikongsikan di laman YouTube Nescafe Malaysia, ada yang memang betul-betul hebat dan catchy. Kalau digunakan dalam lagu terbaru Shaheizy Sam confirm meletup punya lagu tue.

nescafe on sam

Kalau korang nak turut serta menolong Shaheizy Sam dalam projek #NescafeOnSam ini, segeralah layari www.youtubecom/NescafeMalaysia. Lontarkan idea kreatif korang di situ. Kalau rasa idea tak keluar, rehat sekejap dan minum Nescafe. Kasi fresh balik pemikiran anda. Jom sama-sama kita tolong Shaheizy Sam.

##Disclaimer: Artikel ini ni adalah iklan berbayar oleh Nestle


Comments are closed.

Loading...