Shaheizy Sam Dan Syatilla Melvin Tidak Kisah Timang Cahaya Mata Awal

Hiburan

Shaheizy Sam Dan Syatilla Melvin Tidak Kisah Timang Cahaya Mata Awal

Sudah hampir dua bulan mendirikan rumah tangga, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin kata orang sedang menikmati fasa berbulan madu dan penuh dengan perasaan cinta serta kasih.

Sam mengakui kini kehidupan beliau sudah lengkap dengan kehadiran Syatilla dan dirinya lebih terurus kini.

Advertisement

Apabila bangun pagi ada orang buatkan sarapan. Jika dahulu kena bancuh kopi sendiri, sekarang siap berhidang (ketawa). Seronoklah, tetapi saya tetap kena kerja dari siang sampai ke pagi kerana tanggungjawab semakin besar.

Soalan normal apabila seseorang itu sudah berkahwin, pasti ada sahaja yang akan bertanya bila agaknya hendak menimang cahaya mata pula?

Tidak merancang apa-apa, Syatilla tidak kisah jika beliau diberikan rezeki untuk hamil lebih awal kerana kehadiran cahaya mata dapat menambah lagi kebahagiaan sesebuah keluarga.

Kami tidak merancang, sebaliknya tidak kisah andai dikurniakan rezeki cahaya mata dalam tempoh terdekat. Suami juga begitu, dia percaya kehadiran anak akan memeriahkan lagi keluarga dan menambahkan rezeki. Namun, semua itu rezeki daripada Allah, kami hanya boleh menunggu sahaja.

Bak kata Syatilla, soal anak ini semua ditangan Allah SWT. Cepat atau lambat itu semua ketentuanNya. Buat masa ini, nikmati dahulu kehidupan anda berdua sebagai suami isteri agar dapat mengenali pasangan dengan lebih baik.

Sumber Berita : Kosmo Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...