Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Shaheizy Sam Belum Bersedia Kongsi Wajah Dan Nama Anak

Dikurniakan cahaya mata lelaki pada 9 Mei lepas, pelakon Shaheizy Sam memberitahu beliau masih belum bersedia untuk mendedahkan nama dan wajah anaknya itu kepada umum meskipun ramai peminatnya tidak sabar untuk melihat anaknya itu. Walaubagaimanapun, Sam memberikan sedikit rahsia bahawa nama anaknya itu tetap akan ada “Sam” seperti mana namanya.

Advertisement

Rasanya belum tiba masa saya umumkan namanya selepas mendengar nasihat orang tua-tua. Insya-Allah apabila tiba masa sesuai saya akan beritahu. Tetapi apa yang boleh saya dedahkan saya mengekalkan ‘Sam’ seperti mana nama saya.

Dalam pada itu, Sam memberitahu Syatilla kini berada di sebuah pusat berpantang bagi memastikan isteri dan anaknya dijaga baik.

Alhamdulillah tempat itu memang bagus kerana akan ada jururawat yang tolong menjaga isteri dan anak saya sepanjang tempoh berpantang. Apabila keluar bekerja tidaklah saya risau sangat kerana ada orang tengok-tengokkan mereka. Dia akan berada di sana sepanjang tempoh berpantang malah saya sendiri tinggal di pusat itu.

Pada masa yang sama, Sam juga meluahkan rasa syukur kerana rezeki anaknya dimurahkan Allah SWT. Anaknya menerima pelbagai hadiah sehinggakan ia sudah lebih daripada mencukupi buatnya.  Sam dan Syatilla tidak membeli sebarang barangan bayi buat anak mereka.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top