Shah Rukh Khan Dedah Mahu Jadi Bintang P*rno – “Akan Berusaha Dengan Positif”

Berita

Shah Rukh Khan Dedah Mahu Jadi Bintang P*rno – “Akan Berusaha Dengan Positif”

Pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan sekali lagi mencuri perhatian apabila kenyataannya yang dibuat pada tahun 2009 kembali tular di media sosial.

Ketika menghadiri pelancaran buku ‘Discover the Diamond In You’ karya Arindam Chaudhuri, dia bergurau mengenai keinginannya untuk menjadi bintang porno sambil menegaskan bahawa jika benar-benar melakukannya, ia akan dilakukan dengan semangat positif.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shah Rukh Khan (@iamsrk)

Katanya ketika itu,

Saya benar-benar mahu menjadi bintang porno. Saya akan berusaha dengan semua perkara positif dan baik untuk mencapainya.

Bapa kepada tiga anak ini turut menyebut bahawa beliau terinspirasi dengan pelakon Hollywood, Sylvester Stallone, yang pernah membintangi filem dewasa sebelum mencipta nama menerusi filem ikonik ‘Rocky’. Filem awal Stallone bertajuk ‘Party at Kitty and Stud’s’ kemudian diterbitkan semula selepas kejayaan ‘Rocky’ dengan judul baharu ‘Italian Stallion’.

Kenyataan berani Shah Rukh Khan itu mencetuskan reaksi bercampur-baur dalam kalangan peminat. Ada yang menganggap gurauan tersebut tidak wajar diucapkan oleh seorang figura besar sepertinya, manakala sebahagian lagi mempertahankan aktor itu dengan menegaskan ia sekadar jenaka spontan.

Sehingga kini, Shah Rukh Khan belum pernah mengulas lanjut tentang isu tersebut, namun ramai berpendapat ia hanyalah sebahagian daripada personalitinya yang gemar menyelitkan humor dalam setiap kesempatan.

kajol
2025-08-07 14:18:10

(VIDEO) “Siapa Nak Faham, Faham Sendiri” – Kajol Dikecam Lepas Asyik Bertutur Dalam Bahasa Inggeris

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...